Sinopsis Novel Bidadari Salju

Sinopsis Novel Bidadari Salju | Jangan ketinggalan menyaksikan drama terbaru di slot akasia adaptasi daripada Novel Bidadari Salju karya Mia Kiff. Drama Bidadari Salju akan bersiaran tidak lama lagi dibawah lakonan Adam Lee, Sweet Qismina, Yasmin Suraya dan ramai lagi. Drama ini merupakan gandingan kali ketiga antara Adam Lee dan Sweet Qismina. Sama-sama kita nantikan drama bidadari salju. 


NOVEL BIDADARI SALJU

BLURB

Kayra mula berasa seram sejuk, bulu romanya meremang, dia rasa geli geleman. Tolonglah, jangan berbicara soal lelaki, cinta dan perkahwinan. Janganlah ada yang berani bertanya soal ini kerana dia tak pernah terfikir sama sekali ekoran dendam silam dan rasa rendah diri. Perjalanan hidup Kayra penuh berliku. Menempuhi zaman remaja yang amat menyedihkan. Diri di hina, keluarga di sisih oleh masyarakat. Semuanya angkara fitnah yang merobek maruah dan harga diri. Kayra hanya mampu menangis. Patutlah ramai yang memanggilnya dengan panggilan yang tidak baik. Dia popular dengan gelaran jijik itu. Lapan tahun berlalu, lelaki ini hadir semula dalam hidupnya. Jodoh cuba dijauhi, namun perancangan Tuhan tiada siapa yang tahu. Puas ditepis, puas dielak. Bekulah dirinya bagaikan bidadari salju namun ia tetap datang tanpa diduga.

SINOPSIS NOVEL BIDADARI SALJU


Mengisahkan tentang Kayra yang sering menjadi mangsa buli dan selalu dihina di sekolah kerana paras wajahnya yang tidak cantik, penampilannya yang selekeh dan kemiskinannya. Hariz, pelajar seniornya selalu mencari pasal hampir setiap hari.

Hariz terlalu membenci gadis ini hingga dia tergamak melemparkan fitnah yang meragut maruah dan harga diri gadis ini sehingga dia dipulaukan oleh ayah sendiri dan orang kampung.

8 tahun berlalu, Kayra akhirnya berjaya bangkit dari kejatuhan itu dan berjaya dalam hidupnya. Namun akibat kisah silam yang memeritkan membuat dia membenci lelaki, cinta dan perkahwinan.

Hariz sentiasa dibayangi dosa-dosa silamnya dan Kayra tidak pernah lupus dalam ingatannya. Dalam diam, rasa cinta tiba-tiba mekar dalam hatinya. Memang jodoh dan pertemuan di tangan Tuhan. Rupa-rupanya lelaki yang dibenci dan didendami sampai mati ini adalah jodohnya. Dapatkan Hariz dan Kayra bersama di akhirnya? Cepat dapatkan novel ini untuk keseluruhan cerita dan yang pastinya penuh dengan emosi, konflik dan dendam. 
Sinopsis Novel Bidadari Salju Sinopsis Novel Bidadari Salju Reviewed by Bawang on Friday, September 04, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.