Sinopsis Novel Cukup Derita Itu

Sinopsis Novel Cukup Derita Itu. Jangan ketinggalan menyaksikan drama terbaru di slot samarinda adaptasi daripada Novel Cukup Derita Itu karya Siti Rosmizah yang telah diterbitkan pada tahun 2014. Untuk Drama Cukup Derita Itu akan menampilkan pelakon hebat seperti Hisyam Hamid, Ruhainies, Chacha Maembong, Didie Alias, Jasmin Hamid, Fahrin Ahmad, Farhan Asri, Dian P Ramlee dan ramai lagi. Drama Cukup Derita Itu telah bersiaran bermula 6 Mei 2021 pada setiap hari isnin hingga khamis jam 10 malam. Terkini, siaran Drama Cukup Derita Itu akan bersambung semula di slot samarinda mulai 15 November 2021.

NOVEL CUKUP DERITA ITU


BLURB

Ellani dan Ellana, kembar seiras yang tinggal bersama mak ngahnya selepas kematian ibu bapa mereka. Mak Ngah Gayah membezakan kasih sayangnya. Ellana dilayan bagaikan puteri. Sedangkan Ellani diperlakukan tidak ubah seperti hamba abdi.

"Kenapalah kau tak mati ikut mak kau! Kau ni memang menyusahkan aku! Dahlah hidup merempat! Buat tak sedar diri pulak! Kau berani lagi melawan aku. Aku sagat-sagat muka kau dengan berus dawai. Biar jadi hodoh! Dasar budak tak guna!" hamun Mak Ngah Gayah.

Sedih. Menangis. Tak setitis pun air mata Ellani keluar. Untuk apa? Itulah rutin hidupnya. Maki hamun, pukul dah sebati dalam dirinya. Nak menangis? Berbaloi ke? Dapat raih simpati mak ngah? Jangan harap!

Zarul Zafran lelaki tampan yang bekerjaya sebagai seorang pensyarah. Cinta pandang pertama pada Ellana membawa mereka hampir ke gerbang perkahwinan. Takdir menentukan segalanya. Zarul ditimpa kemalangan. Ellana bolehkan mati dalam hatinya.

Dalam Ellani melalui kemelut hidupnya. Kasih lelaki ini bolehkan beralih padanya. Adoi! Serasa nak gugur jantung Ellani dibuatnya. Cinta? Kasih? Apa semuanya ini? Ellani sukar untuk menerimanya. Lelaki yang hampir menjadi abang iparnya bolehkan jatuh hati dengannya. Pelik!

Namun, demi kebahagiaan seorang yang telah dianggap seperti ibu. Ellani akur dengan ketentuan jodohnya. Zarul Zafran akhirnya menjadi suaminya. Berbagai onak dan duri dilalui.

Dendam yang berlingkar dalam hati mak ngah dan Ellana menambahkan derita dalam hidup Ellani. Kasih Zarul kembali beralih pada cinta pertamanya. Pengorbanan Ellani tidak dihargai. Ellani diseksa. Jiwanya merana.

"Ellani binti Rashdan, aku Zarul Zafran bin Dato' Azli ceraikan kau dengan talak satu! Kau keluar dari rumah aku. Hak penjagaan anak-anak aku serahkan sepenuhnya pada kau!"

Hebat lelaki ini! Hanya melalui SMS dia menjatuhkan talak pada Ellani. Menggigil Ellani membacanya.

"Allahuakbar! Mak kenapa dia buat Lani macam ni mak! Kenapa dia hina Lani sampai macam ni sekali! Apa salah Lani mak? Apa dosa Lani? Ya Allah! Kuatkan aku Ya Allah! Kuatkan imanku menghadapi dugaan-Mu ini!Raungnya.

Ellani, cukup derita itu! Cukup derita itu! Dia bagaikan terdengar-dengar suara arwah emaknya dan itulah juga kata-kata yang dijerit dalam hatinya.


SINOPSIS NOVEL CUKUP DERITA ITU

Mengisahkan tentang kehidupan pasangan kembar Ellani dan Ellana yang telah kematian kedua orang tua dan dibesarkan oleh ibu saudara. Walaupun dibesarkan oleh ibu saudara, Ellani dan Ellana dilayan tidak sama. Ellana dilayan bagaikan puteri manakala Ellani dilayan seperti hamba. Entah apa alasannya korang kena baca novel ini. 

Setelah dewasa, Ellana bertemu dengan Zarul Zafran seorang lelaki tampan berjawatan sebagai pensyarah. Cinta pandang pertama telah membawa mereka ke gerbang perkahwinan. Tetapi semasa dalam perjalanan untuk pergi berkahwin, Zarul telah terlibat dalam sebuah kemalangan dan menyebabkan dia hilang ingatan. Apabila Zarul tersedar, dia langsung tidak ingat mengenai Ellana malah turut membencinya.

Zarul tiba-tiba berubah hatinya kepada Ellani dan melamar Ellani untuk menjadi isterinya. Ellani tidak keruan manakan bakal abang iparnya ingin menjadi suaminya pula. Setelah Ellana dan Zarul tidak jadi berkahwin, dia telah pergi ke luar negara untuk sambung belajar.

Namun, demi kebahagiaan seorang yang telah dianggap seperti ibu, Ellani akur dengan ketentuan jodohnya. Zarul Zafran akhirnya menjadi suaminya. Berbagai onak dan duri dilalui.

Dendam Makngah dan pasangan kembarnya, Ellana menyebabkan hidup Ellani penuh dengan duka. Lelaki yang telah menjadi suaminya mula berubah hati dan cintakan semula Ellana hingga sanggup menceraikannya. Dia diceraikan hanya melalui sms.

Bagaimanakah nasib Ellani setelah diceraikan? Adakah hubungan yang telah putus itu dapat disambung semula? Adakah sinar bahagia menanti Ellani di akhirnya? Cepat dapatkan novel cukup derita itu untuk mengetahui keseluruhan jalan cerita.
Sinopsis Novel Cukup Derita Itu Sinopsis Novel Cukup Derita Itu Reviewed by Bawang on Monday, November 15, 2021 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.