Sinopsis Novel Sepi Tanpa Cinta

Sinopsis Novel Sepi Tanpa Cinta | Berita baik buat peminat Novel Sepi Tanpa Cinta karya Damya Hanna yang mana novel ini bakal di adaptasi ke drama tidak lama lagi. Barisan pelakon untuk menjayakan Drama Sepi Tanpa Cinta masih belum diumumkan lagi. Jadi sama-sama kita nantikan pengumuman kelak. Sebelum itu lihat dahulu sinopsis novel sepi tanpa cinta dibawah. 

NOVEL SEPI TANPA CINTA


BLURB

Haziqah mempunyai impian untuk hidup bahagia di samping Yusri. Namun, tiada siapa menyangka di saat hari bahagia itu bakal menjelma, ada yang membuat onar sehingga kesucian dirinya dipersoalkan. Lantaran itu, pelamin angannya musnah bersama harapan dan hatinya hancur umpama terhempas. 

Namun, Haziqah nekad. Majlis perlu dilaksanakan. Yang penting, fitnah dapat ditamatkan. Biarpun Fakrul tidak pernah dicintai, dia rela asalkan kesucian dirinya dapat dibuktikan. Tetapi malang, perkahwinan yang tercipta itu hanya menambahkan penderitaan yang sedia tergalas di bahu. Dia dikeji dan digantung tak bertali. 

Bagi Fakrul, cintanya bukan untuk Haziqah tapi masih untuk Azura. Gadis pertama yang dicintainya tetapi kecurangan Azura menambahkan kebenciannya kepada Haziqah. Dia benci pada perempuan yang tidak setia. Namun, pertemuan kedua antara Fakrul dan Haziqah membuatkan dia mula yakin bahawa Haziqah adalah miliknya. Bukan Yusri mahupun Hafiz, sepupunya.

Mampukah Haziqah menyambut huluran cinta Fakrul setelah dirinya puas dihina? Haziqah tidak mahu pisang berbuah dua kali. Baginya, kedukaan lalu masih bertapak utuh di hatinya. Cukuplah sekali. 

SINOPSIS NOVEL SEPI TANPA CINTA

Mengisahkan tentang Haziqah yang ditinggalkan tunangnya pada hari penikahan mereka setelah difitnah sudah tidak suci lagi. Kemudian muncul bekas majikan tempat ibunya bekerja menawarkan anaknya, Fakhrul untuk menjadi pengganti demi menyelamatkan maruah Haziqah.

Fakhrul yang anggap dirinya sebagai pak sanggup tidak melayan Haziqah seperti isterinya. Malah Haziqah dihina dan digantung tidak bertali. Perkahwinan itu hanya menambah derita di hati Haziqah.

Azura, bekas kekasih Fakhrul yang curang terhadap dirinya. Alasan itu juga, Fakhrul membenci Haziqah kerana dia benci perempuan yang tidak setia. 

Suatu kejadian telah berlaku kepada Haziqah menyebabkan hubungan mereka menjadi baik. Walaupun ego, Haziqah yakin dia telah jatuh cinta pada Fakhrul begitu juga Fakhrul turutkan cinta kan Haziqah. 

Belum sempat pun kasih sayangnya diberikan kepada suami, Yusri yang datang semula menagih peluang kedua untuk kembali kepada Haziqah. Haziqah menolak kerana cintanya hanya untuk suaminya sahaja. 

Disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari. Di kala bahagia mulai menjelma, datang badai melanda hidupnya lagi. Hanya kerana berahsia, hidupnya di sisih Fakrul. Sesungguhnya Fakrul tidak dapat menerima hakikat yang Haziqah sanggup melakukan begitu padanya. Selama ini disangkanya, Haziqah sudah dapat menerima dirinya, rupanya dirinya masih di anggap orang asing oleh isterinya sendiri. Kecewa hatinya bukan sedikit.

Haziqah pergi membawa hati yang lara pulang ke kampung untuk merawat hati. Melati berasa sudah sampai masanya dia menamatkan segala dendam kesumat yang sekian lama bersarang di hati. Rumah Haziqah dibakar sehingga Haziqah nyaris mati kelemasan terhidu asap. Bayi dalam kandungannya tidak dapat diselamatkan. Haziqah menyalahkan Fakrul atas apa yang berlaku. Begitu juga keluarganya. Fakrul tertekan dan mengalah. Dia menurut kata Haziqah yang mahukan perpisahan.

Bagaimanakah Fakhrul menyelamatkan perkahwinan mereka yang hujungnya menanti retak? Adakah Haziqah dan Fakhrul akan hidup bahagia dan bersama di akhirnya? Cepat dapatkan novel ini untuk mengetahui keseluruhan jalan cerita. 
Sinopsis Novel Sepi Tanpa Cinta Sinopsis Novel Sepi Tanpa Cinta Reviewed by Bawang on Sunday, September 06, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.