Drama Angkara Cinta Episod 1 - 70 (Slot Tiara)

Drama Angkara Cinta Episod 1 - 70 (Slot Tiara) | Saksikan drama terbaru iaitu Drama Angkara Cinta yang akan bersiaran bermula 2 November 2020 di Slot Tiara Astro Prima pada setiap hari isnin hingga jumaat jam 6 petang. Drama Angkara Cinta dibarisi pelakon hebat seperti Hun Haqeem, Meerqeen, Wanna Ali, Yuna Rahim, Nina Juren, Normah Damanhuri, Sharifah Shahora, Syazwan Zulkifly dan ramai lagi.


DRAMA ANGKARA CINTA
Berikut dikongsikan maklumat mengenai drama ini. 

Info Siaran
Tarikh : 2 November 2020
Waktu : Setiap isnin hingga jumaat, jam 6 petang
Slot : Tiara
Jumlah Episod : 70

Pengarah/Produksi
Diarahkan oleh Hadith Omar dan terbitan Juita Viden Sdn Bhd

Tonton Drama Angkara Cinta Episod 1 - 70
Berikut dikongsikan link untuk tontonan anda. 

Link:

Angkara cinta episod 20

Angkara cinta episod 70

*link akan dikemaskini

Tekan pautan dibawah ini untuk kemaskini dan maklumat lanjut mengenai drama.

Pelakon
Hun Haqeem, Meerqeen, Wanna Ali, Yuna Rahim, Nina Juren, Normah Damanhuri, Sharifah Shahora, Syazwan Zulkifly, Alif Muhaimin, Azhar Amir, Roy Azman, Lydia Saimon, Ku Fridah, Hamidah Wahab, Nur Auni Zahra, Gen Darwish, Syed Irfan

Watak Pelakon
Hun Haqeem sebagai Luqman
Meerqeen sebagai Haqeem
Wanna Ali sebagai Adira
Yuna Rahim sebagai Jijie 
Nina Juren sebagai Mariani
Normah Damanhuri sebagai Nek Milah
Sharifah Shahora sebagai Indah
Alif Muhaimin sebagai Dino
Nur Auni Zahra sebagai Adira
Syed Irfan sebagai Luqman
Gen Darwish sebagai Haqeem

Sinopsis Drama Angkara Cinta
Drama Angkara Cinta mengisahkan tentang dua susuk yang kebetulan berkongsi nama yang sama iaitu Luqmanul Haqeem bin Razlan. Luqman dan Haqeem membesar dalam keadaan latar belakang keluarga yang sangat berbeza. Seorang dilimpahi kemewahan manakala seorang lagi dihimpit kemiskinan.
 
Setelah dewasa, ditakdirkan mereka berdua menjadi sahabat baik dan masuk ke Akademi Polis bersama-sama. Mereka berkongsi segalanya bersama, melakukan aktiviti dan rutin susah-senang berdua, tanpa mengetahui hakikat sebenar mereka rupanya adalah adik-beradik berkongsi bapa yang sama.
 
Mariani (ibu Haqeem) dan Razlan bernikah di sempadan dan Razlan melarikan diri ketika Mariani mengandungkan Haqeem. Razlan rupanya berkahwin dengan Indah dan mendapat anak, Luqman. Razlan dilarang oleh ibunya untuk kembali kepada Mariani dan membuat cerita yang Mariani sudah keguguran.

Akhirnya setelah beberapa insiden berlaku, kisah benar terbongkar bahawa Luqman dan Haqeem rupa-rupanya adik-beradik satu bapa. Sejak itu, hubungan mereka mulai dingin dan pelbagai konflik mula tercetus. Apatah lagi, Indah tidak selesa dengan kehadiran Mariani dalam hidup mereka.
 
Ditambah dengan dilema cinta yang dihadapi antara Luqman dan Haqeem yang kebetulan mencintai gadis yang sama iaitu Adira. Bagaimana nasib Mariani dan Haqeem seterusnya? Adakah Razlan akan menebus kesilapan dan kekesalannya melepaskan tanggungjawab terhadap mereka dahulu?
 
Apakah Indah akan berdiam diri? Tidak mungkin dia akan membenarkan Razlan membawa Mariani ke dalam hidup mereka. Apatah lagi, ia melibatkan harta kekayaan mereka yang mungkin akan turut dinikmati Mariani dan Haqeem kelak. Bagaimana Adira mahu memilih cinta hatinya? Antara Luqman dan Hakeem, siapa yang berjaya memiliki Adira?
Drama Angkara Cinta Episod 1 - 70 (Slot Tiara) Drama Angkara Cinta Episod 1 - 70 (Slot Tiara) Reviewed by Bawang on Tuesday, November 17, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.