Drama Lelaki Lingkungan Cinta Episod 1 - 13 (Slot Lestary)

Drama Lelaki Lingkungan Cinta Episod 1 - 13 | Saksikan Drama Lingkungan Cinta yang akan bersiaran mulai 21 Oktober 2020 pada setiap Rabu hingga Jumaat jam 9 malam di slot lestary. Drama Lelaki Lingkungan Cinta dibintangi oleh Naim Daniel, Shasha Abedul, Ismail Izzani, Shalma Eliana, Rozita Che Wan, Ruhainies, Syazuwan Hassan, Cik B dan ramai lagi.


DRAMA LELAKI LINGKUNGAN CINTA
Berikut dikongsikan maklumat mengenai drama ini. 

Info Siaran
Tarikh Mula : 21 Oktober 2020
Waktu : Setiap rabu hingga jumaat jam 9 malam
Jumlah Episod : 13
Slot : Lestary

Pengarah/Produksi
Diarahkan oleh Emi Suffian dan terbitan Zeel Production Sdn Bhd

Drama Lelaki Lingkungan Cinta Episod 1 - 13
Berikut dikongsikan link untuk tontonan anda. 

Link:

*link akan dikemaskini

Tekan pautan dibawah ini untuk kemaskini dan maklumat lanjut mengenai drama.

Pelakon
Naim Daniel, Shasha Abedul, Ismail Izzani, Shalma Eliana, Rozita Che Wan, Ruhainies, Syazuwan Hassan, Cik B, Aniq Suhair, Izzrin Irfan, Asha Merican, Imran Aqil, Aisar Khaled, Chemat Raja Lawwk, Nazeera Sardi, Mas Anizan, Aresya Rania, Ummar Dzariff

Watak Pelakon
Naim Daniel sebagai Adib
Shasha Abedul sebagai Esya
Ismail Izzani sebagai Zambri
Shalma Eliana sebagai Salina
Cik B sebagai Maria
Imran Aqil sebagai Hardy
Aniq Suhair sebagai Arep
Aresya Rania sebagai Esya

Sinopsis Drama Lelaki Lingkungan Cinta
Mengisahkan Adib (Naim Daniel), seorang jejaka lepasan SPM yang nakal mencuba untuk menawan hati si jelita, Esya (Shasha Abedul). Mereka dihantar ke sebuah kem jati diri di Gopeng, Perak oleh keluarga mereka sebagai aktiviti mengisi masa lapang mereka.

Adib telah jatuh hati pandang pertama kepada Esya semenjak waktu pendaftaran lagi. Dia telah mencuba pelbagai helah untuk menambat hati Esya, tetapi gagal. Ini kerana Esya sentiasa dijaga oleh sahabat baiknya yang sentiasa sibuk dengan media sosial, Maria (Cik B) dan sepupu Esya yang iaitu Zambri (Ismail Izzani).

Walaupun Esya tidak melayannya, Adib tidak pernah menyerah kalah. Malahan Adib telah mengatur pelbagai strategi agar dia boleh mendekati Esya. Keadaan menjadi semakin rumit apabila Zambri yang sebenarnya menyimpan perasaan terhadap Esya, mula menunjukkan perasaan cemburu.

Esya pula mula membenci dan meluat dengan perangai Adib yang kebudak-budakan. Esya pernah memarahi Adib agar Adib hentikan cubaannya untuk memikatnya, tetapi ia hanya meningkatkan daya pemikiran ‘kreatif’ Adib untuk mengenakan Esya.

Apakah rancangan Adib seterusnya? Adakah kenakalan yang dirancangkan Adib dapat melentur kekerasan hati Esya?
Drama Lelaki Lingkungan Cinta Episod 1 - 13 (Slot Lestary) Drama Lelaki Lingkungan Cinta Episod 1 - 13 (Slot Lestary) Reviewed by Bawang on Saturday, November 07, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.