Resepi Ayam Masak Cili Kering

Resepi Ayam Masak Cili Kering | Kali ini nak kongsi cara mudah untuk masak ayam dengan hanya menggunakan beberapa bahan sahaja. Hidangan ini boleh dimakan sesuai untuk seisi keluarga. 


RESIPI AYAM MASAK CILI KERING

Bahan - Bahan :
- Ayam
- Bawang merah 
- Bawang putih 
- Cili padi (Ikut kepedasan sendiri) 
- Cili kering 10 tangkai (Potong kecik-kecik) 
- Daun kari
- Sos cili, Sos tomato dan Sos tiram
- Asam jawa
- Tepung gandum
- Telur

Cara Penyediaan :

1) Ayam di potong kecil

2) Celup isi ayam dalam telur dan salutkan dengan tepung bestari atau jenama lain

3) Panaskan minyak dan goreng ayam tadi hingga garing kekuningan. Angkat dan toskan

4) Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis cili kering dan daun kari sampai garing

5) Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili padi

6) Letak semua sos tadi secukupnya mengikut kuantiti ayam

7) Masukkan air dan biar sehingga masak serta sedikit pekat

8) Masukkan sedikit asam jawa dan gula serta garam secukup rasa

9) Masukkan ayam goreng tepung tadi dan gaul sehingga sebati. Biarkan seketika dan siap untuk dihidang

Mudah sangat kan resepi ini. Semoga berjaya dan selamat menikmatinya. 
Resepi Ayam Masak Cili Kering Resepi Ayam Masak Cili Kering Reviewed by Bawang on Wednesday, November 18, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.