Sinopsis Drama Beri Sedikit Waktu Lakonan Aqasha dan Zara Zya (Slot Samarinda)

Sinopsis Drama Beri Sedikit Waktu Lakonan Aqasha dan Zara Zya (Slot Samarinda) | Saksikan Drama Beri Sedikit Waktu di slot samarinda yang akan bersiaran mulai 16 November 2020 jam 10 malam pada setiap hari isnin hingga khamis. Drama Beri Sedikit Waktu dibintangi oleh Aqasha, Zara Zya, Shahz Jaszle, Farisha Irwayu, Atikah Suhaime, Ain Sufia, Shyrim, Man Raja Lawak, Rayyan Iman dan ramai lagi.


DRAMA BERI SEDIKIT WAKTU
Berikut dikongsikan maklumat mengenai drama ini. 

Info Siaran
Tarikh Mula : 16 November 2020
Waktu : Setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam
Jumlah Episod : 15
Slot : Samarinda

Pengarah/Produksi
Diarahkan oleh Zamri Zakaria dan terbitan Suhan Movies & Trading

Pelakon
Aqasha, Zara Zya, Shahz Jaszle, Farisha Irwayu, Atikah Suhaime, Ain Sufia, Shyrim, Man Raja Lawak, Rayyan Iman, Ummar Dzariff, Aryana Amani, Laila Nasir

Watak Pelakon 
Aqasha sebagai Imran
Zara Zya sebagai Hananiah
Shahz Jaszle sebagai Farhan
Farisha Irwayu sebagai Sofia
Man Raja Lawak sebagai Nasir
Rayyan Iman sebagai Lukman
Ain Sufia sebagai Elly
Ummar Dzariff sebagai Imran 
Aryana Amani sebagai Sofea

Sinopsis Drama Beri Sedikit Waktu
Mengisahkan tentang kehidupan Hananiah yang telah berkahwin dengan pasangan pilihannya, Farhan. Pada mulanya, kehidupan perkahwinan mereka bahagia seperti pasangan lain. Namun, sesuatu telah terjadi tanpa diduga Hananiah diceraikan dengan talak satu tanpa kerelaannya.

Hananiah dan Farhan berkahwin pada usia yang muda. Hasil perkahwinan mereka telah dikurniakan seorang anak lelaki yang kini sudah berumur 5 tahun, Luqman. Farhan pulang ke rumah ibunya, Puan Faridah dan memberitahu kisah yang tidak benar. Dia mereka cerita yang tidak baik tentang Niya kepada ibunya dan ibunya percaya sahaja. Hakikatnya, Farhan sudah bernikah dengan Haryani.

Kecewa dengan apa yang terjadi Hananiah terpaksa melepaskan semuanya. Walaupun perit, Hananiah nekad cekalkan hati dan semangat demi meneruskan kehidupannya.

Pertemuan yang tak diduga Hananiah dengan Imran menyebabkan hatinya mula berbunga dan sedikit demi sedikit membuatkan kehidupannya kembali ceria. Hananiah bekerja sebagai pembantu rumah Imran setelah berkenalan dengan Sofia, yang merupakan kakak Imran. Sofia memberikan pekerjaan itu dengan gaji lumayan selama tiga bulan. 

Mampukah Hananiah kembali bahagia? Sempurnakah Imran untuk Hananiah? Apakah yang akan terjadi setelah terbongkar nya kebenaran yang disembunyikan oleh Imran? Sama-sama kita nantikan Drama Beri Sedikit Waktu yang akan bersiaran tidak lama lagi. 
Sinopsis Drama Beri Sedikit Waktu Lakonan Aqasha dan Zara Zya (Slot Samarinda) Sinopsis Drama Beri Sedikit Waktu Lakonan Aqasha dan Zara Zya (Slot Samarinda) Reviewed by Bawang on Thursday, November 12, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.