Sinopsis Novel Love Elsa | Nantikan drama terbaru adaptasi daripada Novel Love Elsa karya Acik Lana yang dijangka akan bersiaran mulai 15 Jun 2021 pada setiap hari isnin hingga khamis jam 10 malam di slot megadrama astro ria. Untuk Drama Love Elsa akan menampilkan pelakon hebat seperti Zul Ariffin, Uyaina Arshad, Ikhram Juhari, Nik Adam Mika dan ramai lagi.
NOVEL LOVE ELSA
BLURB
Allergic? Ya, dalam dunia ini ada bermacam-macam jenis alahan yang terpaksa ditanggung oleh sesetengah manusia. Tapi berlainan dengan Ammara. ‘Allergic’ yang dihidapi telah mengubah kehidupannya secara total.
Katakan apa yang lebih teruk dari alahan terhadap sentuhan manusia?
Entah kenapa, Ammara seperti ‘diharam’ untuk menyentuh sesiapa di dunia ini. Setiap kali berlaku hubungan kulit ke kulit, pasti dirinya akan menempuh satu ‘pengembaraan’ yang sangat menjerihkan. Dan ia tak mampu dikawal mahupun dihalang!
Dan kerana penyakit misteri yang tiada penawar itu, Ammara membesar sebagai gadis yang sentiasa bergelut dalam kemurungan. Apatah lagi dirinya turut disisih oleh bapa dan keluarga. Berdukalah Ammara sebatang kara di dunia ini tanpa sesiapa menemani.
Namun, kemunculan Ridza Kim yang turut mendiami Mini London City perlahan-lahan berjaya mengubah cara hidup Ammara. Lelaki yang terlihat serba sempurna itu membuatkan lidahnya kembali berbicara, malah bibir juga sudah mampu tersenyum semula. Percayalah, ini satu-satunya sahabat yang dia ada.
“I sendiri tak tahu apa sumpahan yang ada pada tangan I. Yang I tahu, ia betul-betul menyusahkan hidup I. I dipanggil gila, sakit mental, kurang siuman disebabkan dua tangan ni. I’m a freak, Kim. I don’t belong here!” - Ammara
“You pun manusia biasa, macam I. Macam orang lain. Cuma yang membezakan you, you ada keistimewaan yang orang lain tak pernah ada. And I bet, ramai manusia sanggup melakukan apa saja untuk dapat kelebihan yang you ada.” - Ridza Kim
Kekurangan kini menjadi kelebihan tatkala Ammara menggunakan ‘allergic’nya untuk membantu Ridza Kim meyelesaikan kes pembunuhan bapa lelaki itu. Siapa sangka kedua belah tangan yang dianggap pembawa malang mampu memberi manfaat kepada orang lain. Satu persatu misteri berjaya diselesaikan olehnya.
Dan selepas menempuhi waktu sukar dan senang bersama, perasaan Ammara terhadap Ridza Kim mula jelas. Rasa itu bukan lagi biasa-biasa, sebaliknya terlalu istimewa. Kehadiran Ridza Kim begitu kuat sehingga dia lemah memendam cinta yang pertama kali membenih dalam hatinya.
Tapi mampukah Ammara mencipta bahagia apabila ada Ji Hyun di sisi Ridza Kim? Dan sanggupkah lelaki itu menerima dirinya bila mereka ‘dipantang’ untuk saling bersentuhan?
SINOPSIS NOVEL LOVE ELSA
Ammara memiliki kelebihan yang luar biasa. Tangannya tidak boleh bersentuhan dengan orang lain, jika tidak Ammara akan dapat membaca lipatan memori manusia yang disentuhnya. Disebabkan itu Ayah Ammara membencinya. Bagi ayahnya, Ammara mewarisi penyakit dari sebelah ibu isterinya, Datuk Mariah. Hidupnya jauh lebih tersisih setelah kematian ibu dan ayah telah berkahwin lain dengan Ramona setahun sebelum ibu Ammara meninggal dunia.
Ridza Kim mempunyai kehidupan yang lebih kurang sama dengan Ammara. Ibu bapanya telah tiada dan Ridza Kim pulang ke Malaysia untuk mengambil alih syarikat milik ayahnya yang kini diuruskan oleh bapa saudaranya, Encik Wahid. Kehidupan Ridza Kim amat menyedihkan, dia kehilangan ayahnya akibat kemalangan manakala ibunya ditemui gantng diri.
Ridza Kim bertemu dengan Ammara apabila mereka hidup berjiran. Bagi Ammara, dia sangat tidak suka privasinya terganggu. Dia dah biasa hidup seorang diri. Bagi Kim pula, teruk sangat ke dia ni sehingga Ammara tak mahu pandang dia. Padahal dia bukan nak buat apa pun pada Ammara.
Lepas satu peristiwa berlaku menyebabkan mereka lebih rapat dan akhirnya jatuh cinta. Kim menerima seadanya akan kekurangan Ammara dan sentiasa ada di sampingnya. Misteri kematian kedua ibu bapa Kim akhirnya dapat dirungkai dengan pertolongan Ammara.
Tapi dalam hidup Kim masih ada lagi seorang wanita, Ji Hyun yang merupakan teman baiknya dan dalam diam menyimpan rasa cinta terhadap Kim. Siapakah pilihan Kim? Ammara seorang gadis pelengkap hidupnya atau Ji Hyun merupakan teman baiknya? Nak tahu perjalanan dan perakhiran kisah Kim dan Ammara, kena la dapatkan novel ini.
Tapi kalau nak tahu Novel Love Elsa ni ada sambungan ye. Kisah keluarga Kim telah terjawab manakala kisah keluarga Ammara akan terjawab dalam sambungan kedua.
Sinopsis Novel Love Elsa
Reviewed by Bawang
on
Friday, November 20, 2020
Rating:
No comments: