Biodata Adam Lee Pelakon Drama Bidadari Salju

Biodata Adam Lee Pelakon Drama Bidadari Salju | Siapakah Adam Lee? Adam Lee atau nama sebenarnya Muhammad Arif Adam Mohamed Fadlee merupakan seorang pelakon berbakat yang sedang meningkat naik dalam industri hiburan. Adam Lee mula mendapat perhatian setelah membintangi drama Lara Aishah. Beliau juga merupakan sepupu kepada pelakon Janna Nick.


Adam Lee memulakan kerjayanya dalam bidang lakonan ketika berusia 19 tahun sebelum mengundurkan diri buat seketika dari dunia hiburan kerana dia tidak yakin dengan potensi dalam bidang berkenaan. Tetapi namanya mula disebut setelah membintangi dalam Drama Seharum Mawar dan Dendam Aurora. Sejak itulah tawaran berlakon semakin meningkat. 

Terkini, Adam Lee telah membintangi dalam drama bersiri di slot akasia berjudul Drama Bidadari Salju bersama pelakon lain seperti Sweet Qismina, Chacha Maembong dan ramai lagi. Drama Bidadari Salju akan bersiaran selama 28 episod pada setiap isnin hingga jumaat, jam 7 malam.

BIODATA ADAM LEE
Berikut dikongsikan maklumat latar belakang artis ini. 

Nama Penuh: Muhammad Arif Adam Mohamed Fadlee
Nama Samaran: Adam Lee
Tarikh Lahir: 26 Oktober 1994
Umur: 26 tahun (2020)
Asal: Kuala Lumpur
Agama: Islam
Pertalian: Sepupu kepada Janna Nick
Kerjaya: Pelakon

Penglibatan (Drama) : Tanah Kubur, Menongkah Kasih, Satu Cinta, Lara Aishah, Sayang Papa Saya Tak, Seharum Mawar, Dendam Aurora, Duda Pujaan Dara, Raisha, Klik Pengantin Musim Salju, Curi-curi Cinta, Adam Chempaka, Puteri Yang Ditukar, Budak Tebing, Rindu Yang Terindah, Bidadari Salju

Penglibatan (Filem) : Ia Wujud

Penglibatan (Telefilem) : Dorm, Aku dan Adik, Cinta Bae Kicap, Infomasi Terkorban

FOTO





Sumber foto : ig/adamlee
Biodata Adam Lee Pelakon Drama Bidadari Salju Biodata Adam Lee Pelakon Drama Bidadari Salju Reviewed by Bawang on Thursday, December 17, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.