Sinopsis Drama Kampung Pisang Bersiri-siri Lakonan Bell Ngasri dan Kazar Sairi

Sinopsis Drama Kampung Pisang Bersiri-siri Lakonan Bell Ngasri dan Kazar Sairi | Nantikan Drama Kampung Pisang Bersiri-siri yang akan bersiaran di astro citra mulai 7 Disember 2020 pada setiap hari isnin jam 9 malam. Drama Kampung Pisang Bersiri-siri dibintangi oleh Bell Ngasri, Kazar Sairi, Aziz M. Osman, Dewa Sapri, Mat London (Ahmad Ibrahim), Awie, Sharwani, Mohd Rashid, Nazeera Sardi, Latiff Zami, Delimawati, Joey Daud dan ramai lagi.


Masih berlatar belakang kan Kampung Pisang dan menghimpunkan beberapa watak komedi daripada filem-filem Mamat Khalid yang lalu seperti watak Pak Jabit, Husin (Zombi Kampung Pisang), Kak Limah (Hantu Kak Limah), Cik Purnama, Chomprak, Joko Anuar, Pembantu Perubatan (Hantu Kak Limah Balik Rumah) dan Barkoba (16 Puasa dan 17 Puasa). 

Bagi watak penduduk tetap Kampung Pisang, ia akan dijayakan oleh Kazar Sairi, Bell Ngasri, Dewa Sapri, Aziz M. Osman, Mat London, Avaa Vanja, Nazeera Sardi dan ramai lagi. Turut memperkenalkan watak sampingan baru seperti Pak Kasim, Pak Din ‘Pest Control’, Pak Karim dan Cik Chun.

DRAMA KAMPUNG PISANG BERSIRI-SIRI
Berikut dikongsikan maklumat mengenai drama ini. 

Info Siaran 
Tarikh Mula : 7 Disember 2020
Waktu : Setiap Isnin jam 9 malam
Jumlah Episod : 12
Slot : astro citra

Pengarah/Produksi
Diarahkan oleh Mamat Khalid dan terbitan Astro Shaw Sdn Bhd

Pelakon
Kazar Sairi, Bell Ngasri, Dewa Sapri, Aziz M. Osman, Mat London (Ahmad Ibrahim), Avaa Vanja, Nazeera Sardi, Datuk Awie, Hazama, Ellie Suriaty, Pekin, Delimawati, Ozlynn, Soffi Jikan, Joey Daud, Kamarool Hj Yusof, Imuda, TJ Isa, Adam AF, Azlan Komeng, Ayie Hushairi, Faizal Chal, Nasir Jani, Soya, Shuk Sahar, Sharwani, Mohd Rashid, Latiff Zami, Jasper Supayah, Reza Hasbi, Annie Mosha, Akmal Ahmad, Wan Raja

Watak Pelakon
Kazar Sairi sebagai Pak Din
Bell Ngasri sebagai Barkoba
Aziz M. Osman sebagai Pak Jabit
Dewa Sapri sebagai Cik Purnama
Mat London sebagai Pak Karim
Nazeera Sardi sebagai Cik Chun
Awie sebagai Husin
Sharwani sebagai Wani
Latiff Zami sebagai Manap
Joey Daud sebagai Daud M
Jasper Supayah sebagai Izlin
Avaa Vanja sebagai Cik Nab
Reza Hasbi sebagai Ehson
Ozlynn sebagai Chik Chom



Sinopsis Drama Kampung Pisang Bersiri-siri
Mengisahkan tentang penduduk Kampung Pisang yang dilanda pelbagai misteri dan masalah. Setiap minggu ada sahaja yang datang mengganggu penduduk kampung dan yang menghairankan, semuanya berbeza-beza seperti toyol, hantu rempit, serigala jadian, hantu sungai, orang minyak, zombi, makhluk asing, pocong dan paling unik hantu Kak Limah. Huru-hara jadinya penduduk kampung dan mereka akan bergandingan untuk mengharmonikan semula kampung kesayangan mereka.
Sinopsis Drama Kampung Pisang Bersiri-siri Lakonan Bell Ngasri dan Kazar Sairi Sinopsis Drama Kampung Pisang Bersiri-siri Lakonan Bell Ngasri dan Kazar Sairi Reviewed by Bawang on Friday, December 04, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.