Sinopsis Drama Misteri Mona Lakonan Janna Nick dan Redza Rosli (Slot Samarinda)

Sinopsis Drama Misteri Mona Lakonan Janna Nick dan Redza Rosli (Slot Samarinda) | Bermula 10 Disember 2020, akan bersiaran Drama Misteri Mona di Slot Samarinda pada setiap isnin hingga khamis jam 10 malam. Drama Misteri Mona dibintangi oleh Janna Nick, Redza Rosli, Elisha Sandha, Ruzana Ibrahim, Zizan Nin, Zarynn Min, Ainin Batrisya, Duerra Mitilda dan ramai lagi.


Drama Misteri Mona berkonsepkan psiko thriller di bawah arahan Amor Rizan.

DRAMA MISTERI MONA
Berikut dikongsikan maklumat mengenai drama ini. 

Info Siaran
Tarikh Mula : 10 Disember 2020
Waktu : Setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam
Slot : Samarinda
Jumlah Episod : 8

Pengarah/Produksi
Diarahkan oleh Amor Rizan dan terbitan Aquila Emas Sdn Bhd

Pelakon
Janna Nick, Redza Rosli, Elisha Sandha, Ruzana Ibrahim, Zizan Nin, Zarynn Min, Ainin Batrisya, Duerra Mitilda, Syed Irfan, Alif Hadi, Syafi Tee, Siti Aishah Bujang, Amir Rahim

Watak Pelakon
Janna Nick sebagai Anom
Redza Rosli sebagai Dr Nadeem
Elisha Sandha sebagai Farah
Ruzana Ibrahim sebagai Mona
Zizan Nin sebagai Razlan
Zarynn Min sebagai Laila
Ainin Batrisya sebagai Anom
Duerra Mitilda sebagai Mona

Sinopsis Drama Misteri Mona
Mengisahkan tentang Anom (Janna Nick) seorang wanita lemah lembut yang menghidap penyakit mental yang kronik. Suaminya, Dr Nadeem (Redza Rosli) risau akan keadaannya Anom yang sering berhalusinasi tentang seorang wanita bernama Mona yang sering menghantuinya. Dr Nadeem telah memberikan Anom segala ubat untuk membantunya mengawal kondisi halusinasinya, tetapi kerana pekerjaan Dr Nadeem yang terlalu sibuk, Nadeem mengupah Farah (Elisya Sandha) sebagai penjaga isterinya.

Farah merupakan seorang gadis yang jujur dan rajin mula menjaga Anom kerana dirinya telah menganggur sekian lama setelah tamat pengajiannya. Pada mulanya Farah selesa menjaga Anom, sehingga suatu hari, Farah mula melihat keadaan Anom yang sebenar apabila Farah terleka untuk memastikan Anom mengambil ubatnya, lalu Anom meroyan pada malam itu. Farah teruk dimarahi Dr Nadeem dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi.

Ketika keadaan semakin baik, dan Anom juga semakin rajin mengambil ubatnya, Anom mula menyatakan bahawa dia sering mendengar suara seorang wanita di loteng rumahnya, lalu menyiasatnya sendirian. Farah terkejut apabila mendengar jeritan Anom lalu bergegas ke arah Anom. Ketika itu, sebuah kejutan besar buat Farah apabila Anom berkata, “Aku dah lepaskan Mona……”

Siapakah Mona? Adakah Dr Nadeem tahu kewujudan Mona di loteng selama ini? Mungkinkah Farah mangsa Dr Nadeem seterusnya?
Sinopsis Drama Misteri Mona Lakonan Janna Nick dan Redza Rosli (Slot Samarinda) Sinopsis Drama Misteri Mona Lakonan Janna Nick dan Redza Rosli (Slot Samarinda) Reviewed by Bawang on Saturday, December 05, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.