Biodata Aisha Retno Penyanyi Lagu Cinta Denganmu

Biodata Aisha Retno. Siapakah Aisha Retno? Aisha Retno atau nama sebenarnya Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam merupakan seorang penyanyi baru yang sedang meningkat naik. Beliau mula dikenali menerusi lagu nyanyian nya yang pertama berjudul Mengikat Jiwa yang dikeluarkan pada tahun 2018.


Aisha Retno merupakan anak kepada bekas penyanyi Indonesia era 80-an, Jean Retno Aryani dan mewarisi bakat dari ibunya sejak dari kecil. Aisha juga pernah menyertai program realiti, Vokal Mania pada tahun 2020 dan dinobtkan sebagai juara.

Terkini, nama Aisha Retno mula disebut semula setelah lagu nyanyian beliau berjudul Cinta Denganmu mendapat tempat dihati peminat Drama Takdir Yang Tertulis. Lagu Cinta Denganmu karya Amylea dan Farouk Roman merupakan salah satu ost dalam drama takdir yang tertulis yang telah bersiaran di slot samarinda pada setiap isnin hingga khamis jam 10 malam. Cinta Denganmu berkisarkan tentang perasaan cinta seorang wanita yang tidak diterima dan cinta bertepuk sebelah tangan.

BIODATA AISHA RETNO
Berikut dikongsikan maklumat latar belakang artis ini. 

Nama Sebenar : Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam
Nama : Aisha Retno
Umur : 21 tahun (2021)
Tarikh Lahir : 1 Ogos 2000
Pendidikan : Ijazah Sarjana Muda Ekonomi di Universiti Malaya
Berdarah Kacukan : Indonesia dan Malaysia
Lagu : Mengikat Jiwa, Terima Kasih, Cinta Denganmu (2021)
Pencapaian : Juara Vokal Mania (2020)

FOTO AISHA RETNO





Kredit foto : ig/aisharetno
Biodata Aisha Retno Penyanyi Lagu Cinta Denganmu Biodata Aisha Retno Penyanyi Lagu Cinta Denganmu Reviewed by Bawang on Monday, February 01, 2021 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.