Sinopsis Drama Aku Yang Kau Gelar Isteri (Samarinda)

Sinopsis Drama Aku Yang Kau Gelar Isteri (Samarinda). Jangan ketinggalan menyaksikan sebuah drama terbaru di slot samarinda, Drama Aku Yang Kau Gelar Isteri bermula 17 Februari 2021 setiap isnin hingga khamis jam 10 malam. Drama Aku Yang Kau Gelar Isteri dibintangi oleh Adi Putra, Nadia Brian, Sharifah Sakinah, Baby Azreen, Aznah Hamid, Atiq Azman, Rosli Rahman Adam, Kuza dan ramai lagi.


DRAMA AKU YANG KAU GELAR ISTERI
Berikut dikongsikan maklumat mengenai drama ini. 

Info Siaran
Tarikh Mula : 17 Februari 2021
Waktu Siaran : Isnin hingga khamis, jam 10 malam
Slot : Samarinda
Jumlah Episod : 15

Pengarah/Produksi
Diarahkan oleh Shuhaimi Lua dan terbitan Tanah Beris Film Production

Pelakon
Nadia Brian, Sharifah Sakinah, Adi Putra, Atiq Azman, Baby Azreen, Aznah Hamid, Kuza, Zaki Azeman, Rosli Rahman Adam, Lana Nodin, Ummar Dzariff, Laura Olivia

Watak Pelakon
Nadia Brian sebagai Raihani
Sharifah Sakinah sebagai Laila
Adi Putra sebagai Ezlan
Atiq Azman sebagai Pian
Aznah Hamid sebagai Mak Lang
Rosli Rahman Adam sebagai Pak Salleh
Kuza sebagai Mak Su
Baby Azreen sebagai Maryam
Zaki Azeman sebagai Naim
Lana Nodin sebagai Embun
Ummar Dzariff sebagai Rais

Sinopsis Drama Aku Yang Kau Gelar Isteri
Drama Aku Yang Kau Gelar Isteri mengisahkan tentang seorang gadis bernama Laila yang dalam diam amat menyintai Eizlan. Namun sebaliknya, Eizlan dan Raihani saling bercinta dan akhirnya mereka berkahwin. Laila yang tahu akan perkahwinan itu amat kecewa dan telah bertemu dengan Embun. 
 
Di awal perkahwinan, kehidupan Raihani dan Eizlan sangat bahagia tanpa sebarang masalah. Tetapi setelah kepulangan Laila ke kampung pelbagai perkara berlaku menyebabkan kebahagian mereka goyah. Kemunculan Laila semula penuh dengan misteri dan dendam lama yang dipendam. 

Adakah kehidupan perkahwinan mereka akan bahagia atau berakhir dengan perpisahan? 
Sinopsis Drama Aku Yang Kau Gelar Isteri (Samarinda) Sinopsis Drama Aku Yang Kau Gelar Isteri (Samarinda) Reviewed by Bawang on Wednesday, February 17, 2021 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.