Sinopsis Drama Hari Kita Jatuh Cinta (Lakonan Azlee Khairi dan Intan Ladyana)

Sinopsis Drama Hari Kita Jatuh Cinta (Lakonan Azlee Khairi dan Intan Ladyana). Jangan ketinggalan menyaksikan Drama Hari Kita Jatuh Cinta adaptasi daripada novel yang akan bersiaran bermula 17 Mei 2021 pada setiap isnin hingga khamis jam 10 malam di awesome tv. Drama Hari Kita Jatuh Cinta menampilkan pelakon seperti Azlee Khairi, Intan Ladyana, Oktovia Manrose, Gambit Saifullah, Trisha Ooi, Azza Elite, Lydiawati dan ramai lagi. Sinopsis Drama Hari Kita Jatuh Cinta (Lakonan Azlee Khairi dan Intan Ladyana) akan dikemaskini di bawah.


DRAMA HARI KITA JATUH CINTA
Berikut dikongsikan maklumat mengenai drama ini. 

Info Siaran
Tarikh Mula : 17 Mei 2021
Waktu Siaran : Isnin hingga Khamis, jam 10 malam
Jumlah Episod : 18
Slot : Awesome Tv

Pengarah/Produksi
Diarahkan oleh Rahim Zali dan terbitan Zeel Production Sdn Bhd

Pelakon
Azlee Khairi, Intan Ladyana, Oktovia Manrose, Gambit Saifullah, Trisha Ooi, Azza Elite, Zainol Macwilson, Shah Khan, Lydiawati, Puteri Khareeza, Halmey Hamdan, Naim Shamshol, Mas Anizan

Watak Pelakon
Azlee Khairi sebagai Yusof Farhan
Intan Ladyana sebagai Mariam Sophia
Oktovia Manrose sebagai Julia Anita
Gambit Saifullah sebagai Adam Firhad
Trisha Ooi sebagai Anna Nabila
Azza Elite sebagai Rohani
Zainol Macwilson sebagai Abdul (ayah Mariam)
Lydiawati sebagai Fatimah
Shah Khan sebagai Hamdan
Puteri Khareeza sebagai Aishah

Lagu Tema Drama
Penyanyi : Dato’ Sri Siti Nurhaliza
Lagu : Kuasa Cintamu

SINOPSIS DRAMA HARI KITA JATUH CINTA
Drama Hari Kita Jatuh Cinta mengisahkan tentang hubungan di antara Mariam Sophia dan Yusof Farhan yang penuh dengan suka dan duka. Pertemuan tanpa sengaja di antara mereka menimbulkan bibit-bibit cinta. Kesungguhan Yusof Farhan untuk memikat Mariam Sophia membuahkan hasil. 

Dalam mengecapi saat bahagia mereka bersama, tanpa diundang muncul kembali Julia bekas kekasih Yusof Farhan. Begitu juga, datangnya Firhad bekas kekasih Mariam dan juga merupakan adik kepada Farhan mengeruhkan lagi keadaan. Masing-masing kembali untuk meruntuhkan cinta Mariam dan Farhan. Mereka akhirnya berkahwin juga. 

Pergolakkan rumahtngga mereka bermula apabila Farhad mengikuti misi bantuan mangsa banjir di Indonesia tanpa pengetahuan isterinya. Dalam masa yang sama Mariam juga hamil. Sepanjang ketiadaan Farhan, Mariam mengalami pelbagai masalah hingga menyebabkan hidupnya menderita.

Akhirnya, Farhan pulang tapi yang lebih memilukan dia pulang tanpa mengenali isterinya sendiri. Farhan telah hilang ingatan. Apakah yang akan terjadi dengan hubungan Mariam dan Farhan? Dapatkah ingatan Farhan pulih kembali?
Sinopsis Drama Hari Kita Jatuh Cinta (Lakonan Azlee Khairi dan Intan Ladyana) Sinopsis Drama Hari Kita Jatuh Cinta (Lakonan Azlee Khairi dan Intan Ladyana) Reviewed by Bawang on Saturday, February 06, 2021 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.