Sinopsis Drama Pujaan Hati Kanda Lakonan Mira Filzah dan Remy Ishak (Akasia)

Sinopsis Drama Pujaan Hati Kanda Lakonan Mira Filzah dan Remy Ishak (Akasia). Saksikan drama ulangan di slot akasia, Drama Pujaan Hati Kanda yang akan bersiaran mulai 3 Mac 2021 pada setiap hari isnin hingga jumaat jam 7 malam. Terdahulu, Drama Pujaan Hati Kanda pernah disiarkan di slot yang sama pada 20 Disember 2018 dan mendapat tempat di hati penonton. Gandingan Mira Filzah dan Remy Ishak dalam drama ini mendapat pujian ramai diatas keserasian mereka. Drama Pujaan Hati Kanda dibintangi oleh Mira Filzah, Remy Ishak, Sarah Hildebrand, Ayden Mikael, Syazwan Zulkifly, Elisya Sandha, Mustaqim Bahadon, Azar Azmi, Aida Khalida dan ramai lagi.


DRAMA PUJAAN HATI KANDA
Berikut dikongsikan maklumat mengenai drama ini. 

Info Siaran
Tarikh Ulangan : 3 Mac 2021
Waktu Siaran : Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam
Jumlah Episod : 28
Slot : Akasia

Pengarah/Produksi
Diarahkan oleh Eoon Shuhaini dan terbitan Mache All Star United Sdn Bhd

Pelakon
Mira Filzah, Remy Ishak, Ayden Mikael, Sarah Hildebrand, Syazwan Zulkifly, Elisya Sandha, Mustaqim Bahadon, Aida Khalida, Azar Azmi, Dian P Ramlee, Aidil Aziz, Omar Abdullah, Catriona Ross, Rashdan Baba, Reen Rahim, Taufiq Hanafi, Qazem Nor

Watak Pelakon
Mira Filzah sebagai Tiara
Remy Ishak sebagai Megat Danish (Danny)
Sarah Hildebrand sebagai Nadine
Elisya Sandha sebagai Reena
Syazwan Zulkifly sebagai Pali
Azar Azmi sebagai Fatimah
Omar Abdullah sebagai Dato Megat Aiyub
Mustaqim Bahadon sebagai Kashah
Dian P Ramlee sebagai Datin Puteri Aisyah
Reen Rahim sebagai Suria
Taufiq Hanafi sebagai Naim
Qazem Nor sebagai Rizman

Sinopsis Drama Pujaan Hati Kanda
Drama Pujaan Hati Kanda mengisahkan tentang seorang lelaki bernama Danny yang ingin mengubah kisah hidupnya yang lalu dan membina kehidupan yang lebih baik. Pada hari perkahwinan Danny dan Nadine, berlaku suatu perkara yang menyebabkan perkahwinan itu dibatalkan. Danny menerima hadiah iaitu seorang bayi lelaki yang diletakkan diluar masjid bersama kad ucapan dan sijil kelahiran. Nadine tidak mahu meneruskan perkahwinan itu selagi tiada penjelasan daripada Danny. Perkahwinan dibatalkan dan Danny perlu bertanggungjawab ke atas bayi lelaki itu. 

Danny membawa pulang bayi itu yang bernama Rizqi ke rumah. Dia perlu segera mencari pengasuh untuk menjaga Rizqi dan dalam masa yang sama mencari serta menyiasat siapakah ibu kandung Rizqi dan benarkan Rizqi merupakan anak kandungnya.

Dalam tempoh pencarian itu, Danny dipertemukan dengan Tiara. Tiara merupakan seorang pelajar universiti dan dalam kesempitan duit. Tiara menjadi pengasuh Rizqi tetapi identiti bayi dirahsiakan oleh Danny. Tiara hanya tahu bahawa Danny seorang duda yang kematian isteri.

Tanpa diduga sepanjang perkenalan itu cinta mula berputik antara mereka. Apakah yang akan terjadi sekiranya Tiara mengetahui hal yang sebenar? Berjayakah Danny mencari ibu bapa kandung Rizqi yang sebenar?
Sinopsis Drama Pujaan Hati Kanda Lakonan Mira Filzah dan Remy Ishak (Akasia) Sinopsis Drama Pujaan Hati Kanda Lakonan Mira Filzah dan Remy Ishak (Akasia) Reviewed by Bawang on Saturday, February 27, 2021 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.