Sinopsis Drama Baby Tak Gila Lakonan Wafariena dan Syazuwan Hassan

Sinopsis Drama Baby Tak Gila Lakonan Wafariena dan Syazuwan Hassan. Saksikan drama terbaru di Hyppsensasi Unifi Tv, Drama Baby Tak Gila yang akan bersiaran mulai 10 Mac 2021 pada setiap hari isnin hingga khamis jam 9 malam. Drama Baby Tak Gila dibarisi pelakon hebat seperti Wafariena, Syazuwan Hassan, Tunku Hanis, Zera Hariz, Duerra Mitilda, Ellie Suriaty, Nazia Mustafar dan ramai lagi.


DRAMA BABY TAK GILA
Berikut dikongsikan maklumat mengenai drama ini. 

Info Siaran
Tarikh Mula : 10 Mac 2021
Waktu Siaran : Jam 9 malam, setiap isnin hingga khamis
Jumlah Episod : 16
Slot : Hyppsensasi Unifi Tv

Pengarah/Produksi
Diarahkan oleh Nizam Zakaria dan terbitan
Pencil Pictures & Records Sdn Bhd

Pelakon
Wafariena, Syazuwan Hassan, Tunku Hanis, Zera Hariz, Duerra Mitilda, Ellie Suriaty, Nazia Mustafar, Farhan Asri, Zaini Amar, Amin Zailani, Zizi Zulkifli

Watak Pelakon
Wafariena sebagai Baby
Syazuwan Hassan sebagai Akram
Duerra Mitilda sebagai Tasha
Zera Hariz sebagai Mimi

Sinopsis Drama Baby Tak Gila
Drama Baby Tak Gila mengisahkan tentang seorang gadis bernama Baby yang diterima bekerja di salah sebuah syarikat fesyen, Bunga Couture sebagai pembantu peribadi. Dia menjadi pembantu peribadi kepada bos syarikat itu, Encik Akram. 

Akram sebelum itu tidak bersetuju di atas perlantikan Baby sebagai pembantu peribadinya kerana Baby langsung tidak mempunyai pengalaman di dalam bidang fesyen dan tidak memenuhi kehendaknya. Baby mempunyai perangai pelik dan sangat bersifat manja hingga terbawa-bawa semasa bekerja. Kadang-kadang dapat dilihat seperti Akram yang menyandang jawatan pembantu peribadi bukannya Baby. 

Setelah lama bekerja di syarikat itu, satu persatu rahsia mengenai Baby mula terbongkar.
Sinopsis Drama Baby Tak Gila Lakonan Wafariena dan Syazuwan Hassan Sinopsis Drama Baby Tak Gila Lakonan Wafariena dan Syazuwan Hassan Reviewed by Bawang on Wednesday, March 10, 2021 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.