Sinopsis Drama Projek Anchor Spm Lakonan Daiyan Trisha dan Aedy Ashraf

Sinopsis Drama Projek Anchor Spm Lakonan Daiyan Trisha dan Aedy Ashraf. Saksikan drama bersiri terbaru, Drama Projek Anchor Spm yang akan bersiaran mulai 15 Mac 2021 pada setiap hari isnin jam 9 malam di astro citra. Drama Projek Anchor Spm dibintangi oleh Aedy Ashraf, Daiyan Trisha, Shasha Abedul, Chubb-E, Nadhir Nasar, Adlin Aman Ramlie, Tony Eusoff, Hasnul Rahmat dan ramai lagi.


DRAMA PROJEK ANCHOR SPM
Berikut dikongsikan maklumat mengenai drama ini. 

Info Siaran
Tarikh Mula : 15 Mac 2021
Waktu Siaran : Jam 9 malam, setiap isnin
Jumlah Episod : 8

Pengarah/Produksi
Diarahkan oleh Razaisyam Rashid dan Anwari Ashraf serta terbitan

Pelakon
Aedy Ashraf, Daiyan Trisha, Shasha Abedul, Nadhir Nasar, Adlin Aman Ramlie, Chubb-E, Tony Eusoff, Hasnul Rahmat, Daniella Sya, Susan Lankester, Fadhli Masoot, Taufiq Izmir, Danish Hazriq

Watak Pelakon
Aedy Ashraf sebagai Aizat  
Daiyan Trisha sebagai Aidaa
Shasha Abedul sebagai Jaja
Chubb-E sebagai Botol
Nadhir Nasar sebagai Hilmi
Adlin Aman Ramlie sebagai Tuan Awang
Daniella Sya sebagai Tai Ying
Tony Eusoff sebagai Zubir
Susan Lankester sebagai Puan Rokiah
Fadhli Masoot sebagai Zaim
Taufiq Izmir sebagai Cheng

Sinopsis Drama Projek Anchor Spm
Projek Anchor Spm berlatar belakang kehidupan sekumpulan pelajar tingkatan lima yang bersekolah di Sekolah Tengku Isa Anuar (STIA) di Cameron Highlands dan bakal menduduki peperiksaan spm. Sekolah itu merupakan sebuah sekolah asrama penuh yang berprestij.

Tiga orang murid Aizat, Botol dan Hilmi bersahabat baik dan sentiasa bersama di waktu susah mahupun senang. Aizat merupakan kapten pasukan ragbi yang disegani, Hilmi seorang ketua pelajar dan ketua pengawas yang cemerlang manakala Botol hanya pelajar biasa. 

Aidaa seorang pelajar cemerlang akademik STIA yang gemar bersendirian. Dia bersusah payah mahu membantu adik tirinya, Jaja yang kurang dalam pelajaran bagi persediaan menghadapi peperiksaan spm.

Aizat sering curi keluar daripada kampus sekolah akhirnya telah ditangkap oleh Pengetua Awang. Pengetua Awang seorang pengetua yang amat tegas. Dia telah meletakkan syarat kepada Aizat jika tidak mahu dibuang sekolah, Aizat perlu meraih keputusan cemerlang 8A dalam peperiksaan percubaan spm yang bakal menjelang tidak lama lagi. 

Justeru itu, Aizat yang terdesak cuba mencari jalan keluar dengan bekerjasama bersama Aidaa merancang sebuah pelan untuk membantu rakan-rakan seluruh tingkatan lima cemerlang dalam peperiksaan melalui strategi meniru besar-besaran.
Sinopsis Drama Projek Anchor Spm Lakonan Daiyan Trisha dan Aedy Ashraf Sinopsis Drama Projek Anchor Spm Lakonan Daiyan Trisha dan Aedy Ashraf Reviewed by Bawang on Sunday, March 14, 2021 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.