Sinopsis Drama Ramadan Pertama Edi Lakonan Redza Rosli dan Mimi Lana

Sinopsis Drama Ramadan Pertama Edi Lakonan Redza Rosli dan Mimi Lana. Saksikan Drama Ramadan Pertama Edi yang akan bersiaran di astro ria bermula 31 Mac 2021 pada setiap hari rabu jam 9.30 malam. Drama Ramadan Pertama Edi dibintangi oleh Mimi Lana, Redza Rosli, Elly Mazlein, Aznil Haji Nawawi, Abon, Lisa Surihani dan ramai lagi.


DRAMA RAMADAN PERTAMA EDI
Berikut dikongsikan maklumat mengenai drama ini. 

Info Siaran
Tarikh Mula : 31 Mac 2021
Waktu Siaran : Jam 9.30 malam, setiap rabu
Jumlah Episod : 8

Pengarah/Produksi
Diarahkan oleh Yusry Abdul Halim, Ezrie Gazali dan terbitan astro gempak

Pelakon
Mimi Lana, Redza Rosli, Elly Mazlein, Aznil Haji Nawawi, Lisa Surihani, Abon, Raja Azura

Watak Pelakon
Mimi Lana sebagai Nad
Redza Rosli sebagai Edi
Aznil Haji Nawawi sebagai Pak Sobri
Elly Mazlein sebagai Naemah
Raja Azura sebagai Ustazah Muna
Abon sebagai Yayan

Sinopsis Drama Ramadan Pertama Edi
Drama Ramadan Pertama Edi mengisahkan tentang kehidupan Edi yang baru berkahwin dengan Nad. Mereka berkenalan dan bercinta selama 2 bulan, dan terus ambil keputusan untuk berkahwin. Disebabkan musim pkpb, membuatkan mereka jarang berjumpa dan tidak sempat mengenali hati budi masing-masing dengan lebih mendalam sebelum berkahwin.

Namun setelah berkahwin dan tinggal bersama, baru mereka sedar akan perangai masing-masing. Edi seorang lelaki yang sukar untuk serius dan berterus terang manakala Nad pula seorang yang cerewet dan mahukan kesempurnaan. 

Nad kini hamil enam bulan. Mereka akan pulang ke rumah bapanya, Pak Sobri beberapa hari sebelum Ramadan. Disebabkan pkp, Edi dan Nad tidak boleh pulang dan terpaksa berada di rumah Pak Sobri selama dua minggu.

Masalah mula timbul apabila Edi sebenarnya susah untuk berpuasa. Di rumah itu juga, Edi dikejutkan dengan beberapa rahsia keluarga Nad. Apakah rahsia keluarga Nad dan bagaimana Edi mengatasi masalah itu?
Sinopsis Drama Ramadan Pertama Edi Lakonan Redza Rosli dan Mimi Lana Sinopsis Drama Ramadan Pertama Edi Lakonan Redza Rosli dan Mimi Lana Reviewed by Bawang on Monday, April 05, 2021 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.