Sinopsis Novel Sabarlah Duhai Hati

Sinopsis Novel Sabarlah Duhai Hati. Terbaru di slot akasia akan menampilkan drama adaptasi Novel Sabarlah Duhai Hati karya Mimie Afinie yang akan menggandingkan pelakon hebat seperti Saharul Ridzwan, Amyra Rosli, Puteri Sarah Liyana, Izzue Islam, Aiman Badrul, Iman Suhana, Haleeda, Emelda, Pablo Amirul dan ramai lagi. Drama Sabarlah Duhai Hati akan bersiaran bermula 28 April 2021 pada setiap isnin hingga ahad jam 7 malam.


NOVEL SABARLAH DUHAI HATI

BLURB
Dugaan berat yang menimpa, merubah seluruh hidup Nur Syafira. Saat bergelut dengan ujian, dia tiba-tiba dilamar untuk Muhammad Affan. Sungguh, dia tak percaya.

Tegur pun tak pernah, tiba-tiba nak jadikan dia isteri. Lagipun, dia masih tak lupa cerita lama. Cerita memalukan yang hanya mereka berdua saja yang tahu. Hatinya kuat mengatakan Affan terpaksa. Affan hanya menurut kehendak orang tua tanpa rela.

Namun, kalau dah tertulis jodoh mereka, elak macam mana sekalipun, tetap bersatu juga. Walau dihati ada curiga, Fira tetap mengharap bahagia.

“Sejak bila abang suka Fira?”

“Sejak Fira curi hati abang.”

“Abang kan pernah cakap, abang tak suka Fira. Abang takkan kahwin dengan Fira.”
Tawa Affan memecah suasana hening malam. Kuat dan lama.

Dalam suram cahaya lampu, Fira pandang suaminya. Geram dengan suara tawa itu.

“Ini cerita tahun bila Fira bawa keluar ni?”

“Tak kisahlah tahun berapa pun, yang penting abang pernah cakap macam tu, kan? Kecil hati Fira, tau!”

“Kecik hati dengan abang la ni?”

“Memang pun. Dah buat orang macam tu, pandai pulak ajak orang kahwin. Tak malu.” Fira mengejek.

Lagi sekali Affan hamburkan tawanya.

Bahagia yang disangka sampai ke petang, rupanya masih ada halangan dan rintangan.

“Kalau you nak tahu, bukan Affan yang nak sangat kahwin dengan you tapi mak teh yang paksa dia. Sebabnya mak teh kesiankan you.” - Nadia

Mampukah Fira terus memujuk hatinya supaya bersabar dan bertahan? Atau sudah sampai masanya untuk dia mengalah dan lepaskan segalanya?


SINOPSIS NOVEL SABARLAH DUHAI HATI
Sabarlah Duhai Hati mengisahkan tentang Nur Syafira dan adiknya, Danish yang telah kehilangan kedua orang tua disebabkan kemalangan. Ketika itu, Danish baru berusia empat tahun dan Fira sudah berusia 24 tahun. Danish terlalu sayangkan kakaknya dan baginya Fira adalah segala-gala buat dirinya. Sebelum kehilangan ibu bapa, Fira seorang yang ego dan kelahiran Danish amat menyakitkan hatinya. Baginya dia kehilangan hak sebagai anak tunggal. Tetapi setelah pemergian ibu dan ayah, Fira membuka mata dan hatinya untuk menerima Danish. 

Fira mempunyai teman baik iaitu Dian. Dian sering ingin memadankan Fira dengan abangnya, Affan walaupun dia tahu Fira begitu tidak selesa dengan abangnya. Affan juga seperti tidak mahu melayan Fira. Hanya Affan dan Fira sahaja yang tahu mengapa mereka tidak begitu mesra. 

Ibu Affan ada masuk meminang Fira. Fira terpaksa menerima lamaran itu setelah berfikir hidupnya yang sebatang kara. Tetapi lamaran itu mendapat tentangan hebat daripada Nadia, sepupu Affan yang mahu dijodohkan dengan Affan oleh opah. Affan tetap mahu memilih Fira sebagai isterinya dan mahu bertanggungjawab menjaga serta membesarkan Danish bersama-sama Fira. 

Fira dan Affan berkahwin walaupun tiada bibit-bibit cinta dalam hubungan mereka. Disangkanya bahagia tetapi semuanya musnah dek hsutan Nadia kepada Dian. Dian yang percaya sahaja kata-kata Nadia bertindak menghalau kakak iparnya ketika Affan ditimpa dugaan besar. Ketika dihalau Fira sedang berbadan dua dan Affan sedang bertarung dengan sakit. Fira dan adiknya terpaksa keluar dari rumah itu. 

Ke manakah Fira menghilangkan diri? Berjayakah Affan bertemu semula dengan isterinya yang telah hilang. Adakah sinar bahagia di akhir kisah hidup mereka?
Sinopsis Novel Sabarlah Duhai Hati Sinopsis Novel Sabarlah Duhai Hati Reviewed by Bawang on Saturday, April 10, 2021 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.