Sinopsis Novel Kekasih Hati Mr Bodyguard

Sinopsis Novel Kekasih Hati Mr Bodyguard. Terbaru di slot lestary, saksikan Drama Kekasih Hati Mr Bodyguard adaptasi daripada novel Kekasih Hati Mr Bodyguard karya Ateen Khalid yang akan bersiaran mulai 15 Mei 2021 pada setiap hari rabu hingga sabtu jam 9 malam. Drama Kekasih Hati Mr Bodyguard dibintangi oleh Redza Rosli, Sharifah Rose, Ungku Hariz, Ian Haziq, Fadlan Hazim, Lana Nordin, Zarina Zainuddin, Lisdawati, Zuhairi Ibrahim dan ramai lagi.


NOVEL KEKASIH HATI MR BODYGUARD
Berikut dikongsikan sinopsis novel ini.

BLURB

Bukan mudah untuk Hana Aralyn penuhi permintaan ayahnya. Misinya mencari dan mendekati lelaki bernama Hadif Akashah sememangnya perlukan kesabaran yang tinggi. Perangai lelaki itu boleh buat dia pening. Namun, putus asa tidak sama sekali. Biar Hadif pening dengan perangainya pulak.

“Macam mana saya tau rumah awak, saya tak boleh bagitau. Tapi, yang saya boleh cakap awak akan tatap muka ni mulai hari ini. Okey?” - Hana Aralyn

Kemunculan Aralyn benar-benar telah porak-perandakan hidup Hadif. Sudahlah tak tahu malu, ibunya pun bukan main sebelahkan perempuan itu. Kecil hati dia!

“Dia calit minyak apa-apa ke kat ibu masa Hadif tak ada tadi? Mesti dia ada tanam benda dekat depan rumah kita ni.” - Hadif Akashah

Bila Aralyn dapat tahu Hadif pernah bekerja sebagai bodyguard, dia terkejut. Iyelah, perwatakannya memang sejenis manusia sombong yang pentingkan diri. Pakaian pula usah dikata, baju koyak pun lelaki itu bedal. Langsung tak ada bercirikan seorang Mr Bodyguard!

Tapi lama-kelamaan, sisi baik dan hebatnya seorang Hadif Akashah terserlah sedikit demi sedikit membuatkan hati Aralyn tercuit. Namun, saat Aralyn tahu kebenarannya, Aralyn takut. Bagi Aralyn rahsia yang disimpan oleh Hadif memang tidak mampu menyatukan cinta mereka. Dia perlu lari menjauhi Hadif walaupun hatinya tak rela. Hadif pasti membencinya! Dan telahannya benar, Hadif telah membencinya di saat cinta sedang sarat di hati mereka. 

Akan tetapi, adanya Hadif di sisi Aralyn telah menakutkan musuh di sekeliling Aralyn tanpa wanita itu sedari. Namun, adakah Hadif tega membiarkan Aralyn bersendirian menghadapi bahaya?


SINOPSIS NOVEL KEKASIH HATI MR BODYGUARD

Mengisahkan tentang Hana Aralyn yang mempunyai misi untuk menjejaki Hadif Akashah seorang bekas pengawal peribadi. Tugas itu diberikan sendiri oleh ayahnya, Datuk Yusof selepas dua tahun berlakunya kemalangan. Datuk Yusof memberitahu yang Hadif mengetahui punca kemalangan itu. 

Aralyn mencari Hadif di Perak melalui alamat yang diberikan oleh ayahnya. Aralyn berjaya menemui Hadif yang kini menjadi seorang penternak kambing di kampungnya. Hadif bersikap dingin. Sepanjang berada di samping Hadif, Aralyn berusaha untuk mengorek rahsia yang disimpan oleh Hadif. Aralyn sanggup mengekori Hadif kemana sahaja dan turut menolongnya dalam kerja-kerja ladang. Ibu Hadif ada memberitahu selepas pulang ke kampung dua tahun lepas, Hadif seakan menyimpan suatu rahsia. Hadif terlalu berahsia walau dengan ibunya sendiri. 

Mereka sering sahaja bertelagah namun perasaan cinta mula hadir dalam diri masing-masing. Di saat kebenaran terungkai, banyak hati yang terluka. Walau hatinya terluka, Hadif tetap bangun dan cuba melindungi Aralyn dari bahaya. Apakah yang terjadi dua tahun lepas sehinggakan Hadif pulang ke kampung?
Sinopsis Novel Kekasih Hati Mr Bodyguard Sinopsis Novel Kekasih Hati Mr Bodyguard Reviewed by Bawang on Saturday, May 15, 2021 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.