Sinopsis Drama Hatimu Sedingin Salju Lakonan Apreena Manrose dan Hisyam Hamid

Sinopsis Drama Hatimu Sedingin Salju Lakonan Apreena Manrose dan Hisyam Hamid. Saksikan drama terbaru di slot akasia, Drama Hatimu Sedingin Salju yang akan bersiaran bermula 24 Jun 2021 pada setiap hari isnin hingga jumaat jam 7 malam. Drama Hatimu Sedingin Salju dibintangi oleh Apreena Manrose, Hisyam Hamid, Bella Dowanna, Hafeez Mikail, Maria Farida, Fadlan Hazim, Mustafa Kamal, Zila Bakarin dan ramai lagi. Terdahulu slot akasia diisi dengan Drama Masih Ada Rindu lakonan Farid Kamil dan Mimi Lana.


DRAMA HATIMU SEDINGIN SALJU
Berikut dikongsikan maklumat mengenai drama ini. 

Info Siaran
Tarikh Mula : 24 Jun 2021
Waktu Siaran : Jam 7 malam setiap isnin hingga jumaat
Jumlah Episod : 28
Slot : Akasia

Pengarah/Produksi
Diarahkan oleh Bahri Uma dan terbitan Orangetree Production

Pelakon
Hisyam Hamid, Hafeez Mikail, Apreena Manrose, Fadlan Hazim, Bella Dowanna, Mustafa Kamal, Maria Farida, Rahim Jailani, Zila Bakarin, Khaty Azian, Scha Eliana, Zaefrul Nordin, Aleza Shadan, Natasha Elyzza, Alif Hilman, Ezzaman Othman, Idzham Ismail, Mathni Razak, Ziema Din, Liza Semron, Omar Rizal, Saifullah Mohd Yunus

Watak Pelakon
Apreena Manrose sebagai Rania 
Hisyam Hamid sebagai Arman
Hafeez Mikail sebagai Nabil 
Bella Dowanna sebagai Syena
Fadlan Hazim sebagai Haikal
Zila Bakarin sebagai Puan Noraini
Maria Farida sebagai Datin Mimi
Scha Eliana sebagai Melissa
Mustafa Kamal sebagai Dato Jamal
Rahim Jailani sebagai Mahfuz
Zila Bakarin sebagai Noraini
Zaefrul Nordin sebagai Datuk Hisyam
Aleza Shadan sebagai Datin Afifa
Khaty Azian sebagai Normala
Scha Eliana sebagai Melissa 
Idzham Ismail sebagai Huzair 
Mathni Razak sebagai Rizki 
Ziema Din sebagai Sarah
Liza Semron sebagai Mira 

Sinopsis Drama Hatimu Sedingin Salju
Drama Hatimu Sedingin Salju mengisahkan tentang hubungan kekeluargaan dan percintaan. Arman seorang lelaki bekerjaya yang mewarisi syarikat milik ayahnya, Datuk Jamal sangat mementingkan kerjayanya tanpa menghiraukan soal cinta dan perkahwinan. 

Rania pula sedang merancang untuk berkahwin dengan Haikal tetapi nasib malang telah menimpanya dimana sehari sebelum majlis, Haikal ingin membatalkan perkahwinan mereka tanpa sebab yang munasabah. Di hari perkahwinan mereka, Rania setia menunggu Haikal datang ke majlis itu tetapi Haikal tidak muncul dan majlis perkahwinan terpaksa dibatalkan setelah gagal dihubungi. Tidak lama kemudian, Rania ada terserempak dengan Haikal yang sedang berjalan dengan wanita lain dan nampak mesra. Bertambahlah kecewa hati Rania dan baru dia sedar Haikal meninggalkannya untuk wanita lain.

Pada suatu hari, Datin Mimi terdengar perbualan Arman dengan rakannya yang menyebut tentang Rania, junior Arman ketika belajar dahulu. Datin Mimi yang risau dengan anaknya belum bertemu pasangan hidup telah meminta pertolongan daripada anak bongsunya, Nabil untuk menyiasat tentang Rania. Suatu ketika dahulu, Nabil juga pernah belajar di tempat yang sama dengan abangnya. Melalui maklumat yang Nabil terima dari rakannya, Arman dan Rania pernah rapat dahulu. Datin Mimi terus menyusun rancangan untuk menyatukan Rania dan Arman.

Semasa di kolej, Arman memang pernah suka dan cintakan Rania tetapi terpaksa korbankan cintanya terhadap Rania selepas mengetahui rakan baiknya, Haikal turut menaruh hati pada Rania. Sejak dari hari itu, Arman hanya pendamkan perasaannya sehingga pada satu tahap dia sudah berputus asa apabila mengetahui Rania dan Haikal sudah bertunang. Tamat sahaja belajar, Arman terus sibuk bekerja dan langsung tidak mahu memikirkan soal cinta.

Berbalik kepada rancangan ibunya, Datin Mimi dan Nabil telah merancang untuk membawa Arman bercuti di Langkawi. Nabil berjaya memujuk abangnya yang bersetuju untuk pergi bercuti bersama. Di sana, Arman tidak sangka akan bertemu semula dengan Rania, gadis yang pernah dia cinta suatu ketika dahulu. Kebetulan ketika itu, Rania dan Syena turut pergi bercuti ke Langkawi selepas Syena berjaya memujuk rakan baiknya itu yang masih bersedih dengan apa yang terjadi.

Pertemuan yang tidak dijangka itu telah membuatkan Arman dan Rania rapat semula. Tetapi siapa sangka dalam diam Nabil juga turut menaruh hati pada Rania. Sejak itu, hubungan adik beradik itu mula dingin hanya disebabkan seorang perempuan. Pelbagai dugaan dan rintangan mula hadir dalam kehidupan Arman, Rania dan Nabil.

Adakah Arman akan korbankan cintanya pada Rania sekali lagi atau Nabil yang akan mengalah? Siapakah yang akan berjaya menambat hati Rania? Saksikan Drama Hatimu Sedingin Salju mulai 24 Jun 2020 di slot akasia.
Sinopsis Drama Hatimu Sedingin Salju Lakonan Apreena Manrose dan Hisyam Hamid Sinopsis Drama Hatimu Sedingin Salju Lakonan Apreena Manrose dan Hisyam Hamid Reviewed by Bawang on Sunday, June 27, 2021 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.