Sinopsis Novel Suara Hati

Sinopsis Novel Suara Hati. Terkini di slot megadrama, nantikan Drama Suara Hati adaptasi daripada Novel Suara Hati karya Anis Ayuni yang akan bersiaran tidak lama lagi pada setiap hari isnin hingga khamis jam 10 malam. Drama Suara Hati dibintangi oleh pelakon hebat seperti Hanna Aqeela, Syafiq Kyle, Aidil Aziz, Zera Hariz, Liza Rafar, Qistina Khaled, Fazlina Ahmad Daud dan ramai lagi.


NOVEL SUARA HATI
Berikut dikongsikan maklumat mengenai novel ini.

BLURB
Cinta  tidak semestinya bersatu. Terperangkap dalam dilema membuatkan dia terpaksa membuat keputusan. Pilihan ibu dan ayahkah yang perlu dituruti sedangkan jauh di lubuk hati, selaut kasihnya telah tercurah pada Haris, pilihan sendiri.

Hari berganti, bulan berlalu, Haris yang dinanti menghilang tanpa khabar berita. Separuh rela, lamaran Naim terpaksa diterima.

Mereka berbahagia. Namun, sayangnya mendung menjelma. Dalam penantian menyambut kelahiran anak kedua, suami tercinta pergi selamanya.

Tika duka membadai di hati, terjadilah pertemuan tanpa diduga. Haris yang disangka telah mengalih cinta, ingin kembali dalam hidupnya semula. Sudikah dia menerima lelaki itu sedangkan luka di hati masih terasa. Dan andai cinta pertama telah kecewakan, masih wujudkah cinta untuk kali kedua?

SINOPSIS NOVEL SUARA HATI
Mengisahkan tentang perjalanan kehidupan Hani. Pada mulanya Hani berkenalan dengan Haris dan hubungan percintaan itu dirahsiakan daripada keluarga, hanya diketahui oleh rakan kolej. Mereka bukan berniat ingin merahsiakan tetapi sedang menunggu masa yang sesuai untuk memberitahu keluarga masing-masing. Haris mendiamkan diri selama berbulan-bulan tanpa sebarang alasan dan Hani menganggap Haris mahu memutuskan hubungan mereka.

Namun semuanya berubah setelah Hani terpaksa menerima lelaki lain dalam hidupnya, Naim atas sebab rasa hormat dan sayang kepada ibu bapanya. Walaupun kecewa cintanya dengan Haris tidak kesampaian Hani tetap bahagia dengan perkahwinannya bersama Naim. Naim pandai memikat dan mengambil hati Hani. Haris muncul semula tetapi semuanya sudah terlambat, Hani dan Naim sudah berkahwin.

Perkahwinan atas pilihan keluarga mampu membuatkan Hani rasa bahagia disamping Naim. Hubungan mereka bertambah manis apabila menerima kelahiran anak perempuan pertama bernama Nini. Kebahagian Hani diuji ketika menunggu kelahiran anak kedua, Hani telah kehilangan Naim buat selama-lamanya. Hani sedih dengan apa yang terjadi tetapi dia terpaksa menerima hakikat yang Naim telah pergi meninggalkannya. Dia perlu kuat meneruskan hidup untuk membesarkan kedua anaknya, Nini dan Adam tanpa suami disisi.

Ketika Hani sudah mula tabah meneruskan hidup membesarkan anaknya, muncul kekasih hati pertama, Haris yang sangat dicintainya. Benarlah cinta pertama sukar untuk dilupakan. Haris begitu setia kerana sanggup menunggu Hani selama lapan tahun. Pada permulaan hubungan Hani dan Haris diterima baik oleh keluarga Naim tetapi disebabkan kehadiran Marlis menganggu hubungan itu sikap mereka mula berubah. Hani juga mula ragu dengan Haris. Tetapi anak-anak Hani mula rapat dan bahagia dengan Haris.

Pada suatu hari, Adam yang sakit telah dimasukkan ke hospital. Haris setiap hari datang temankan Hani dan memberi kata-kata semangat. Disebabkan kesungguhan yang ditunjukkan Haris, hati Hani mula terbuka untuk Haris. Tetapi, adakah kebahagian milik Hani dan Haris dengan adanya Marlis mengganggu hubungan mereka? Dapatkan novel suara hati dengan segera untuk ketahui pengakhiran cerita ini.
Sinopsis Novel Suara Hati Sinopsis Novel Suara Hati Reviewed by Bawang on Sunday, June 06, 2021 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.