Sinopsis Drama Ayahanda Lakonan Jalil Hamid

Sinopsis Drama Ayahanda Lakonan Jalil Hamid. Jangan ketinggalan menyaksikan drama terbaru, Drama Ayahanda adaptasi daripada Novel Ayahanda karya Azizi Haji Abdullah yang akan bersiaran bermula 10 Julai 2021 pada setiap hari rabu hingga sabtu jam 9 malam di slot lestary. Drama Ayahanda dibintangi oleh Jalil Hamid, Fauziah Ahmad Daud, Shahz Jaszle, Fikry Ibrahim, Noorkhiriah, Hairi Safwan dan ramai lagi.


DRAMA AYAHANDA
Berikut dikongsikan maklumat mengenai drama ini. 

Info Siaran
Tarikh Mula : 10 Julai 2021
Jumlah Episod : 13
Waktu Siaran : Jam 9 malam, setiap rabu hingga sabtu
Slot : Lestary
 
Pengarah/Produksi
Diarahkan oleh Dato Ahmad Tamimi Siregar dan terbitan Zeel Production Sdn Bhd

Pelakon
Jalil Hamid, Fauziah Ahmad Daud, Shah Jaszle, Noorkhiriah, Fikry Ibrahim, Hairi Safwan, Sherry Ibrahim, Mimi Ernida, Anuar Hamizan, Sobri Anuar, Rita Nadira, Nurmiziana Rosli

Watak Pelakon
Jalil Hamid sebagai Haji Abdullah
Fauziah Ahmad Daud sebagai Noriah
Noorkhiriah sebagai Halimah
Shahz Jaszle sebagai Ramli
Fikry Ibrahim sebagai Aziz
Hairi Safwan sebagai Ahmad
Sherry Ibrahim sebagai Aishah
Mimi Ernida sebagai Rahayu
Rita Nadira sebagai Mazni
Sobri Anuar sebagai Mat Diah
Nurmiziana Rosli sebagai Piah
Anuar Hamizan sebagai Usin

Sinopsis Drama Ayahanda
Mengisahkan tentang kehidupan Haji Abdullah yang menjadi tok imam, jurunikah, dan mengajar ilmu di surau kampung. Haji Abdullah mempunyai seorang isteri bernama Hajah Noriah dan empat orang anak iaitu Halimah, Ramli, Aziz dan Ahmad.

Haji Abdullah dilihat sebagai seorang imam tua yang bersikap degil mahu mempertahankan semua jawatan yang pernah dipegangnya di kampung itu. Kaedah pengajarannya kini dianggap sudah lapuk dan kurang diterima oleh penduduk kampung. Kini, seorang imam baru telah dilantik iaitu Ustaz Hamidi yang berusia 20-an menyebabkan Haji Abdullah merasa tercabar dengan jawatan tersebut dan masih mahu merebutnya. Penduduk kampung yang datang ke masjid kini juga sudah ramai.

Halimah merupakan anak sulung dan tinggal di belakang rumah ayahnya. Dia menjadi harapan adik beradik yang lain untuk menjaga ibu bapa mereka. Halimah mempunyai seorang suami, Mat Diah yang terlalu minatkan dengan pertandingan suara burung. 

Ramli, anak kedua pula sibuk menghantar isterinya pulang ke kampung kerana emak Piah sakit. Ahmad, anak ketiga sudah kematian isteri semasa melahirkan anak ketiga dan mahu menambah pendapatan dengan bercucuk tanam sayuran di kaki bukit. Ibunya dan Halimah sering mencari jodoh buat Ahmad tetapi dia belum bersedia.

Anak bongsu mereka, Aziz bekerja sebagai juru teknik di sebuah kilang dan mempunyai minat dalam bidang penulisan. Isterinya, Mazni lebih mementingkan kesenangan hidup dan mula mengambil kesempatan di atas kesibukan suaminya.

Abdullah kini sangat memerlukan sokongan anak-anaknya untuk meneruskan tanggungjawabnya sebagai seorang imam. Namun, tidak seorang pun anak-anaknya berpihak dan memberi tanda sokongan kepadanya membuatkan Abdullah terasa hati. Atas sikap degilnya itu menyebabkan dirinya dilanda sepi dan tiada siapa mahu memperdulikannya.
Sinopsis Drama Ayahanda Lakonan Jalil Hamid Sinopsis Drama Ayahanda Lakonan Jalil Hamid Reviewed by Bawang on Monday, July 12, 2021 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.