Sinopsis Drama Hawa Lakonan Nadiya Nisaa, Ruzana Ibrahim dan Bella Dowanna

Sinopsis Drama Hawa Lakonan Nadiya Nisaa, Ruzana Ibrahim dan Bella Dowanna. Terbaru di slot megadrama, saksikan Drama Hawa yang akan bersiaran bermula 24 Ogos 2021 pada setiap isnin hingga khamis jam 10 malam. Drama Hawa dibintangi oleh pelakon hebat seperti Ruzana Ibrahim, Nadiya Nisaa, Hamidah Wahab, Bella Dowanna, Donna Muslim dan ramai lagi.


DRAMA HAWA
Berikut dikongsikan maklumat mengenai drama ini.

Info Siaran
Tarikh Mula : 24 Ogos 2021
Waktu Siaran : Jam 10 malam, setiap isnin hingga khamis
Jumlah Episod : 9
slot : Megadrama

Pengarah/Produksi
Diarahkan oleh Tam Suhaimi dan terbitan Infinitus Productions Sdn Bhd

Pelakon
Ruzana Ibrahim, Nadiya Nisaa, Hamidah Wahab, Bella Dowanna, Donna Muslim, Akmal Abdullah, Shah Faris, Yusri Saleh 

Watak Pelakon
Nadiya Nisaa sebagai Along / Saadah
Bella Dowanna sebagai Acu / Raudah
Ruzana Ibrahim sebagai Angah / Fauziah
Hamidah Wahab sebagai Imaan
Donna Muslim sebagai Azizah
Akmal Abdullah sebagai Musa
Shah Faris sebagai Naim
Yusri Saleh sebagai Ali

Sinopsis Drama Hawa
Mengisahkan tentang kehidupan adik-beradik Along dalam menempuhi cabaran hidup masing-masing. Along, kehidupannya menjadi huru-hara setelah suaminya, Ali tiba-tiba jatuh sakit dan koma. Lebih memeningkan dan bertambah rumit apabila muncul pula seorang perempuan yang mengaku menjadi isteri kedua suaminya.

Manakala ibunya, Angah dan Acu pula mempunyai masalah sendiri.
Sinopsis Drama Hawa Lakonan Nadiya Nisaa, Ruzana Ibrahim dan Bella Dowanna Sinopsis Drama Hawa Lakonan Nadiya Nisaa, Ruzana Ibrahim dan Bella Dowanna Reviewed by Bawang on Thursday, August 19, 2021 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.