Sinopsis Drama Terlerai Noktah Lakonan Nabila Huda dan Aidil Aziz

Sinopsis Drama Terlerai Noktah Lakonan Nabila Huda dan Aidil Aziz. Terbaru di slot samarinda, nantikan Drama Terlerai Noktah yang akan memulakan siarannya pada 26 Ogos 2021 pada setiap hari isnin hingga khamis jam 10 malam. Drama Terlerai Noktah dibarisi pelakon-pelakon hebat, antaranya adalah Nabila Huda, Aidil Aziz, Raysha Rizrose, Ainul Aishah, Atikah Suhaime, Azhan Rani, Watie Sadali, Duerra Mitilda, Muntazar Ghufran dan ramai lagi.


DRAMA TERLERAI NOKTAH
Berikut dikongsikan maklumat mengenai drama ini.

Info Siaran
Tarikh Mula : 26 Ogos 2021
Waktu Siaran : Jam 10 malam, Setiap isnin hingga khamis
Jumlah Episod : 9
Slot : Samarinda

Pengarah/Produksi
Diarahkan oleh Amor Rizan dan terbitan Padi Pictures Sdn Bhd

Pelakon
Nabila Huda, Aidil Aziz, Raysha Rizrose, Azhan Rani, Watie Sadali, Ainul Aishah, Atikah Suhaime, Hariz Hamdan, Duerra Mitilda, Muntazar Ghufran, Mia Deen, Shyrim Husni, Aresya Rania, Elmy Moin, Zoul Muhammad, Kazar Abd Razak

Watak Pelakon
Nabila Huda sebagai Zaira
Aidil Aziz sebagai Doktor Rudi
Raysha Rizrose sebagai Jasmine
Ainul Aishah sebagai Hani
Atikah Suhaime sebagai Rania
Duerra Mitilda sebagai Zaira
Watie Sadali sebagai Laila
Hariz Hamdan sebagai Fariz

Sinopsis Drama Terlerai Noktah
Mengisahkan tentang Zaira dan Doktor Rudi, sepasang suami isteri yang masih belum mempunyai anak. Zaira mempunyai sejarah silam dimana dia telah kehilangan adik perempuannya sekitar 20 tahun yang lepas.

Pada suatu hari, hospital milik Rudi telah menerima seorang pesakit baru yang mengalami masalah jiwa bernama Hani. Hani ditemui ketika bersama dengan suaminya yang telah mati dan bayinya yang sedang kelaparan. Ketika dalam rawatan, Rudi mendapat tahu bahawa Hani merupakan adik kandung kepada isterinya yang telah lama menghilang itu.

Sementara itu, Rania sering mencuba untuk memberitahu sesuatu kepada Rudi namun dia tidak diendahkan. Rania bekerja disitu sebagai ketua jururawat dan telah berkahwin dengan Dr Kamil. Perkahwinan Rania dan Kamil mengalami masalah malah suaminya turut menghilangkan diri dengan membawa anak mereka bersama.

Kehadiran Jasmine, seorang jururawat baru yang ditugaskan bekerja di hospital itu atas arahan Kamil menjadi tanda tanya pada Rania. Jasmine ditugaskan untuk menjaga Hani. Sejak itu, dia dapat merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan kes penemuan Hani.

Zaira pula sering terbawa-bawa ingatan tentang kehidupannya bersama Hani sewaktu kecil dahulu membuatkannya terkenang kembali detik ketika dia dan adiknya diculik. Setelah itu, mereka telah dibawa ke Pulau Randai.
Sinopsis Drama Terlerai Noktah Lakonan Nabila Huda dan Aidil Aziz Sinopsis Drama Terlerai Noktah Lakonan Nabila Huda dan Aidil Aziz Reviewed by Bawang on Thursday, August 26, 2021 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.