Sinopsis Novel Jangan Ganggu Jodohku

Sinopsis Novel Jangan Ganggu Jodohku. Akan datang di slot megadrama, drama adaptasi daripada Novel Jangan Ganggu Jodohku karya Umie Nadzimah yang akan bersiaran pada setiap hari isnin hingga khamis jam 10 malam. Pelakon utama dalam Drama Jangan Ganggu Jodohku adalah Shaza Bae dan Yusuf Bahrin dan turut dibantu oleh Amerul Affendi, Norreen Iman, Salina Saibi, Sabhi Saddi, Ku Faridah, Sherry Ibrahim, Hasnul Rahmat dan ramai lagi.


NOVEL JANGAN GANGGU JODOHKU
Berikut dikongsikan maklumat mengenai novel ini.

BLURB

Aliza tak pernah suka pada mana-mana lelaki walaupun tak putus-putus orang datang meminang. Jauh dalam sudut hati, dia juga seperti gadis-gadis lain, ada keinginan untuk punya pasangan dan berumah tangga. Namun, setiap kali hal kahwin disebut, emosinya akan berkecamuk dan jatuh sakit. Dan penyakitnya pula sangat aneh!

Entah macam mana, Aliza boleh jatuh cinta sakan pada Imran dan berkobar-kobar hendak berkahwin dengan lelaki pujaannya itu. Pelbagai cara dia cuba untuk memikat Imran supaya memberi perhatian kepadanya, walaupun penyakit anehnya semakin menjadi-jadi setiap kali dia cuba mendekati Imran.

Sayang sekali, cinta Aliza dipandang sepi. Malah Imran membalas dengan hinaan dan herdikan. Imran menuduh penyakit Aliza tak masuk akal dan Aliza sekadar berpura-pura untuk mengambil kesempatan terhadap keluarganya. Aliza dikatakan sakit mental!

“Tak sedar diri sungguh perempuan kampung tu, berani nak tackle I! Rumah dia tak ada cermin ke untuk cermin diri sendiri?” - Imran.

Sombong, berlagak, bajet bagus, poyo dan ego, gelaran yang sinonim dengan Imran. Mentang-mentang la tunangnya orang bandar. Lawa dan pandai pula tu.

Siapa sangka, wanita yang disayangi pergi meninggalkan dia ketika dia ditimpa musibah? Dan siapa sangka hatinya terbuka untuk mengahwini Aliza? Tapi, Aliza tiba-tiba tidak mahu berkahwin dengan pujaan hatinya itu.

“Aku tak nak kahwin dengan Doktor Imran! Dia tak segak, badan busuk, senyum macam badut. Gatal, miang!” - Aliza.

Tak sudah-sudah Imran yang sudah berubah menjadi lelaki baik itu dikutuk dan dimaki. Calang-calang orang, sudah lama angkat kaki. Namun, Imran tetap bersabar. Penyakit Aliza mesti dirawat. Itu tekad Imran.

Apa sebenarnya penyakit aneh yang dialami Aliza sehingga dia seolah-olah disumpah tidak boleh berkahwin? Setelah mengharungi pelbagai halangan, berjayakah Imran menikahi dan mengubati penyakit Aliza?


SINOPSIS NOVEL JANGAN GANGGU JODOHKU

Mengisahkan tentang kehidupan Aliza dan Imran yang sedikit sebanyak mempunyai persamaan. Aliza sejak kecil mampu melihat dan bercakap dengan makhluk alam lain dan disebabkan itu dia rapat dengan Abu. Aliza terkena sumpahan akan dilambatkan dan terganggu jodohnya selagi tidak mewarisi tinggalan dari keturunan nenek saudaranya. Semasa kecil Aliza sering terlihat bercakap seorang diri tetapi keluarganya hanya membiarkan sahaja kerana dia sering berlakon.

Imran, bekerja sebagai doktor yang berfikiran moden, sombong, riak dengan ilmu perubatannya malah langsung tidak percayakan hal mistik tetapi semuanya berubah setelah  dia diganggu oleh saka Makcik Lempeng. Imran berubah menjadi seorang yang warak. Dia tinggal bersama kakaknya, Shahida yang belum berkahwin di kampung dan juga telah bertunang dengan Nadrah. Mereka bercinta secara jarak jauh kerana Nadrah tidak sukakan kehidupan di kampung.

Aliza sering kali sakit dan disebabkan itu dia kerap mengambil cuti. Walaupun selalu bercuti, Puan Shahida masih menerima Aliza bekerja disitu kerana dia pandai mengambil hati pelanggan. Puan Shahida sangat menyukai Aliza dan mahu menjadikan Aliza sebagai adik iparnya tetapi waktu itu Imran sudah bertunang.

Penyakit Aliza akan menjadi teruk jika ada yang datang untuk meminangnya. Abu sering ingatkan Aliza supaya tidak mendekati mana-mana lelaki. Aliza juga akan menolak semua pinangan kerana dia takut Abu akan pergi meninggalkannya.

Tanpa diduga tiba-tiba Aliza mula menyukai Imran dan bersemangat mahu berkahwin dengan lelaki itu. Dengan pelbagai cara dia cuba untuk memikat dan mengambil perhatian Imran tapi usahanya itu hanya sia-sia sahaja. Cintanya itu dipandang sepi sedikit pun tidak terusik malah dia dihina dan diherdik. Imran beranggapan penyakit Aliza tidak masuk akal dan Aliza hanya mahu mengambil kesempatan terhadap keluarga Imran. Ketika ini, penyakit anehnya menjadi-jadi setiap kali Aliza cuba mendekati Imran.

Dugaan datang menimpa Imran. Tunangnya pergi meninggalkannya buat selama-lamanya. Tanpa diketahui, tiba-tiba Imran berubah hati mahu berkahwin pula dengan Aliza. Tetapi saat itu Aliza pula tidak mahu berkahwin dengan Imran. Pada pandangan Aliza terlihat Imran sangat hodoh, badan busuk, gatal dan pelbagai lagi. Imran tetap bersabar dan mahu membantu Aliza untuk pulih.

Berjayakah Imran mengubati dan memulihkan Aliza? Dapatkah Aliza dan Imran berkahwin di akhirnya jika perkahwinan itu sendiri menjadi halangan dalam hidup Aliza?
Sinopsis Novel Jangan Ganggu Jodohku Sinopsis Novel Jangan Ganggu Jodohku Reviewed by Bawang on Wednesday, September 29, 2021 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.