Sinopsis Novel Mr Bibik

Sinopsis Novel Mr Bibik. Nantikan drama adaptasi Novel Mr Bibik karya Aein Dhiyauddin iaitu Drama Mr Bibik yang akan bersiaran di slot akasia bermula 29 Oktober 2021 pada setiap hari isnin hingga jumaat jam 7 malam. Drama Mr Bibik dibintangi oleh pelakon Zara Zya dan Saharul Ridzwan sebagai watak utama dan turut dibantu oleh Dayang Areeda, Liza Abdullah, Wanns Ahmad dan ramai lagi.


NOVEL MR BIBIK
Berikut dikongsikan maklumat mengenai novel ini.

BLURB

"Saya Firas Iman daripada Cuci Bersih Service. Majikan saya hantar untuk bersihkan kondo cik." – Firas Iman.

"Aku nak perempuan tau, bukan lelaki. Tak bolehlah bayangkan lelaki jadi pembersih rumah, tahu tak? Biasa lelaki ni tukang sepah rumah aje." – Aulia Izzatunnisa.

Hampir mengamuk Aulia apabila Siti, kawan baiknya menghantar seorang lelaki untuk membersihkan kondonya. Bukan perempuan seperti selalu. Mujur Siti berjanji tidak akan mengenakan sebarang bayaran jika dia mengizinkan lelaki itu bekerja. Mr. Bibik, itu gelaran Aulia kepada lelaki itu.

Kali kedua Firas datang ke kondonya untuk membersihkan rumah, mereka ditangkap basah oleh ayah dan tunang Aulia. Tan Sri Halim, ayah Aulia memaksa mereka berdua menikah.

Aulia tidak rela bernikah dengan lelaki yang kerjanya hanya sebagai tukang bersih rumah. Firas juga tidak mahu bernikah dengan perempuan yang tidak pandai mengemas rumah sendiri. Namun jika sudah jodoh, mereka akan bersatu juga.

Mukhriz, bekas tunang Aulia tidak pernah rela tunangnya menjadi milik orang lain. Dia berusaha untuk memiliki Aulia semula.

Saat mereka berdua mula menganyam cinta, satu rahsia telah terbongkar sehingga menyebabkan Firas menghalau Aulia.

"Kau memang keji, Aulia. Manusia paling menjijikkan yang aku penah jumpa." – Firas.

Apakah rahsia itu? Mampukah Aulia mempertahankan rumah tangganya bersama Firas? Atau dia akan kembali kepada Mukhriz?


SINOPSIS NOVEL MR BIBIK

Mengisahkan tentang Aulia Izzatunnisa seorang gadis bekerjaya tetapi pemalas dan tidak tahu mengemas rumah. Melalui khidmat Siti, Firas Iman telah dihantar ke rumah Aulia sebagai pembantu rumah untuk mengurus dan membersihkan rumah itu. Aulia sangat marah kerana dia mahukan pembantu rumah perempuan tetapi yang dihantar oleh Siti adalah lelaki. Siti berjanji tidak akan mengenakan sebarang bayaran jika Aulia menerima Firas bekerja di situ. Aulia menerimanya memberi gelaran kepada Firas sebagai Mr Bibik.

Firas Iman seorang lelaki bekerjaya, pernah bekerja sebagai kapten kapal dan berasal daripada keluarga kaya. Dia menyembunyikan latar belakang sebenar kerana dikhuatiri  orang yang mendekatinya hanyalah memandang harta dan mempunyai hasrat yang tidak baik padanya.

Firas sangat mahir menguruskan rumah tetapi Aulia basuh baju pun tidak tahu. Hari kedua Firas datang bekerja, mereka telah ditangkap basah oleh ayah dan tunang Aulia kerana berdua-duaan di dalam rumah. Disebabkan itu, ayah Aulia memaksa mereka berkahwin.

Aulia tidak rela untuk berkahwin dengan Firas yang dalam pandangannya hanyalah bekerja sebagai pembantu rumah. Dia memandang rendah dengan pekerjaan Firas. Firas juga sama tidak mahu berkahwin dengan Aulia kerana dia tidak suka dengan perempuan yang tidak tahu mengemas rumah sendiri.

Dalam keterpaksaan, akhirnya mereka berdua disatukan. Aulia dan Firas perlahan-lahan mula saling menyayangi, saling lengkap melengkapi kelebihan dan kekurangan masing-masing. Tetapi dalam mengecapi kebahagian itu pelbagai dugaan dan rintangan yang hadir dalam hidup mereka. Satu persatu rahsia Aulia dan Firas terbongkar. Masing-masing ada menyembunyikan rahsia yang akhirnya mengundang perbalahan antara mereka berdua.

Apakah rahsia yang telah disembunyikan oleh Aulia dan Firas? Mampukah Aulia mempertahankan cinta dan perkahwinan mereka sehingga ke akhirnya?
Sinopsis Novel Mr Bibik Sinopsis Novel Mr Bibik Reviewed by Bawang on Saturday, September 11, 2021 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.