Sinopsis Novel Perisik Cinta Tak Diundang

Sinopsis Novel Perisik Cinta Tak Diundang. Terbaru di slot akasia, saksikan Drama Perisik Cinta Tak Diundang adaptasi daripada Novel Perisik Cinta Tak Diundang karya Puteri Aqish yang akan bersiaran bermula 10 September 2021 pada setiap hari isnin hingga jumaat jam 7 malam. Drama Perisik Cinta Tak Diundang menampilkan watak utama iaitu Shiha Zikir dan Andi Bernadee manakala turut dibantu oleh Hafidz Roshdi, Bella Astillah, Wani Kayrie, Salina Saibi, Alis Mariya, Esma Daniel, Fazlina Ahmad Daud, Norish Karman dan ramai lagi.


NOVEL PERISIK CINTA TAK DIUNDANG
Berikut dikongsikan maklumat mengenai novel ini.

BLURB

‘NASI lemak anak dara tengah menganggur’. Hanya kerana nama itu, mereka sama-sama terikat. Episod perkenalan mereka tidaklah seindah mana. Banyak ‘ter’ antara mereka, terlanggar, tersalah cakap, tersarung.

“Ahh, saya tak kira. Kita sama-sama berlanggar lepas tu telefon saya jatuh. Saya nak awak ganti juga.” Niyaz berkeras. 

“Faham bahasa tak? Saya tak mampu nak bagi kat awak benda yang sebijik seketul macam ni. Kalau nak sangat saya ganti, boleh. Ambil je batu asah pisau mak saya. Sebiji macam ni. Cukup nipis, cukup saiz. Warna je kelabu asap sikit. Ke nak lagi canggih? Saya upgrade sikit, okey. Ketulan belacan, yang tu siap berbau lagi.”

MEDINA MIKAYLA, seorang berkelulusan tinggi tetapi memilih untuk berbakti pada keluarga. Namun, kalau dia dah bersuara, becoknya mengalahkan burung murai. Habis mak cik-mak cik bawang di kampungnya letak jawatan. Hanya Niyaz Aqasha yang mampu mengunci setiap patah kata gadis itu.

“Nak tanya sikit boleh?” Niyaz bersuara usai Medina makan. 

“Nak tanya apa?” 

“Ermm, dah pandai jatuh cinta kat saya kan?”

Dush! Satu soalan yang betul-betul buat wajah Medina macam kena simbah dengan sebaldi ketulan ais. Lagi-lagi Niyaz dah mula merenung tenang sambil buat muka yang memang boleh meluruhkan jantung sang wanita. Dengan mata yang sengaja diredupkan, argh! Tak habis-habis nak goda dia dengan mata tu!

RUMAH TANGGA mana yang tidak diuji saat orang ketiga datang menghantui? “Aku tak minta untuk cintai suami orang apatah lagi lelaki itu, Niyaz. Tak mungkin aku sengaja nak humban diri dalam masalah macam ni.” - Erianna

“Tolong jangan cabar mata dan hati I dengan perangai tak bermaruah you. Mulai saat ni, I tak kan berdiam diri, berdiri dan tengok perangai busuk you.” - Medina 

“Hati sayang abang pegang dalam doa supaya kita sama-sama dekat dan terus bersama.” – Niyaz

MAMPUKAH mereka pertahankan pendirian masing-masing?


SINOPSIS NOVEL PERISIK CINTA TAK DIUNDANG

Mengisahkan tentang seorang gadis bernama Medina yang mempunyai kelulusan tinggi tapi masih menganggur walaupun sudah lama menamatkan pengajiannya. Oleh sebab itu, Medina sering mendengar leteran ibu yang risaukannya masih belum mendapat kerja tetap malah turut tidak mempunyai pasangan hidup. Lamaran Firash, rakan baik sekampungnya sudah berkali-kali ditolak oleh Medina dan tidak berniat langsung  menerima lamaran itu walaupun tertekan dengan sikap ibu.

Pertemuan demi pertemuan dengan Niyaz menimbulkan bibit cinta antara mereka. Pertemuan pertama mereka bermula apabila Niyaz dengan sengaja tertawa dengan nama nasi lemak Medina. Kemudian diikuti pertemuan kedua, Medina telah dilanggar oleh kereta milik keluarga Niyaz sehingga mencetuskan pertengkaran dengan kakak Niyaz iaitu Hanim.

Pertemuan berlanjutan apabila Medina pernah menolongnya ke hospital ketika dia terjatuh dan Medina juga pernah menghulurkan duit untuk membayar makanan yang dipesan menyebabkan Niyaz makin tertarik dengan diri Medina.

Pada suatu hari, keluarga Niyaz datang melawat Medina di kampung dan dalam masa yang sama Firash juga menghantar rombongan merisik Medina. Berlaku salah faham ketika itu menyebabkan Tuan Muhsin, ayah Niyaz dengan selambanya mengaku mereka adalah keluarga kekasih Medina. Keluarga Firash sangat terkejut mendengar pengakuan ayah Niyaz.

Tidak lama selepas itu, Medina bersetuju untuk berkahwin dengan Niyaz setelah dia mendapat pelbagai ugutan daripada Firash. Firash juga telah berkahwin tidak lama selepas berlangsungnya perkahwinan Medina. Tetapi gangguan Firash terhadap Medina tidak terhenti disitu. Pertemuan terakhir mereka masih dengan ugutan tetapi Firash ditemui mati selepas itu maka terbongkarlah pekerjaan sebenar Firash dan kenapa Medina tidak mahu menerima lamaran Firash.

Habis kisah Firash, muncul pula Erianna yang mahu menghancurkan rumahtangga Medina dan Niyaz. Sebelum ini, Erianna pernah memalukan Niyaz sekeluarga. Dia kembali semula untuk mendapatkan Niyaz dan cuba berbaik dengan keluarga Niyaz.

Kemuncak kehancuran rumahtangga mereka apabila Erianna dilayan baik oleh keluarga Niyaz dan dia diterima bekerja di syarikat Niyaz. Amar, kawan baik Niyaz turut terikut dengan kata-kata jahat Erianna dan sudah tidak mempercayai Niyaz. Berlaku pelbagai kejadian dalam Erianna mahu mendapatkan cinta Niyaz. Sehinggalah berlakunya satu kejadian antara Erianna dan Niyaz menyebabkan Medina merasa ragu-ragu dengan hubungannya bersama Niyaz.

Bagaimanakah dengan pengakhiran kisah cinta antara Niyaz dan Medina? Adakah hubungan mereka yang telah dibina sekian lama dapat dipertahankan?
Sinopsis Novel Perisik Cinta Tak Diundang Sinopsis Novel Perisik Cinta Tak Diundang Reviewed by Bawang on Thursday, September 09, 2021 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.