Pentingnya sarapan pagi untuk tubuh serta mengekalkan kecerdasan harian anda


Sarapan atau alas perut, makanan pagi amat penting dalam kehidupan. Ia membekalkan tenaga untuk menjalankan segala aktiviti sepanjang hari dengan cergas dan produktif. Disini kami kongsikan antara kebaikan dan kepentingan sarapan!
1) Memastikan metabolisme badan sentiasa pada tahan optimum
– Selepas bangun dari tidur, perut kita telah kosong selama lebih kurang 10 jam. Jika kita tidak sarapan, dan skip terus ke makan tengah hari, perut kita kosong lebih dari 12 jam. Ini akan menyebabkan otak menghantar signal untuk menurunkan metabolism badan. Dan apabila kita makan tengah hari, badan kita berada dalam mode berehat, jadi apa yang kita makan waktu tengah hari itu tidak dibakar dengan efektif, ini akan menyebabkan penghasilan lemak dalam badan.
2) Mengelakkan kita makan secara berlebihan.
– Apabila perut kita kosong, kita akan mengambil makanan lebih dari keperluan kita. Ini mennyebabkan kita sukar menurunkan berat badan.
3) Membekalkan Tenaga
– Dengan mengambil sarapan pagi, kita memberi badan kita tenaga untuk melakukan aktiviti harian. Kerja kita akan lebih produktif dan lebih fokus dengan apa yang kita lakukan.
4) Membentuk permakanan kita sepanjang hari
– Menurut satu kajian, sarapan pagi mempengaruhi tabiat permakanan seharian kita. Jika kita mengambil makanan yang tidak sihat, kita akan cenderung untuk mengamalkan tabiat permakanan yang tidak sihat sepanjang hari. Sarapan juga membantu menurunkan berat badan. Jadi, jangan lupa untuk mengambil sarapan pagi kita okay? 
Pentingnya sarapan pagi untuk tubuh serta mengekalkan kecerdasan harian anda Pentingnya sarapan pagi untuk tubuh serta mengekalkan kecerdasan harian anda Reviewed by Bawang on Wednesday, July 25, 2018 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.