5 cara turunkan berat badan untuk kesihatan dan kecantikan anda agar tampil yakin di khalayak ramai





MUNGKIN ketika ini anda sedang berkira-kira untuk menurunkan berat badan. Walau bagaimanapun yang menjadi masalah ialah tentang perbelanjaan yang perlu dikeluarkan apatahlagi anda sedang berjimat-cermat.

Usah risau jika anda tidak berkemampuan untuk mengeluarkan modal besar semata-mata untuk menurunkan berat badan. Banyak cara yang kita boleh dilakukan tanpa mengeluarkan ‘modal’ yang tinggi.

1. Makanan sihat biasanya dikaitkan dengan kos yang mahal. Namun sebenarnya tidak. Apa yang boleh dilakukan ialah makan ulam-ulaman dan juga ikan.

2. Pengambilan suplemen yang mahal boleh digantikan dengan meminum air rebusan akar kayu atau jamu.

3. Jangan menghabiskan wang anda untuk membeli alat senaman yang mahal. Gunakan apa yang ada di sekeliling anda seperti kerusi, meja, dinding dan sebagai alat senaman.

4. Salah satu gerakan mudah yang boleh membakar kalori adalah dengan melakukan regangan mudah. Caranya mudah sahaja. Berdiri tegak dan buka kaki selebar 20 sentimeter. Luruskan tangan ke atas dan pusing badan anda ke kiri. Tahan posisi ini selama 30 saat. Lakukan gerakan pada arah yang berlawanan. Pelbagaikan gerakan agar anda tidak bosan dengan gerakan senaman yang sama.

5. Cari inisiatif lain untuk untuk mengekalkan stamina tubuh. Lakukan senaman aerobik di rumah, joging atau sekurang-kurangnya berlari turun-naik tangga beberapa kali di rumah. Senaman naik turun tangga amat berkesan untuk sesiapa yang inginkan hasil cepat dan murah. Walau bagaimanapun ia perlu dilakukan dengan sistematik.
5 cara turunkan berat badan untuk kesihatan dan kecantikan anda agar tampil yakin di khalayak ramai 5 cara turunkan berat badan untuk kesihatan dan kecantikan anda agar tampil yakin di khalayak ramai Reviewed by Bawang on Friday, September 28, 2018 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.