8 Tips agar kulit sentiasa lembap




SEBAGAI seorang wanita yang menjaga kecantikan diri, kelembapan kulit wajah harus diberikan perhatian. Kulit wajah yang lembap adalah kunci kepada wajah yang lebih muda. Langkah paling penting ketika memilih produk kosmetik adalah memiliki bahan pelembap yang tinggi. Terlalu terdedah kepada cahaya matahari juga menjadi punca kulit mudah terhidrasi dengan cepat. Bagaimana mengekalkan kelembapan kulit? Berikut dikongsikan beberapa tip bagi mendapatkan kulit yang lembap.

TOPENG WAJAH
Selain pelembap, topeng wajah juga boleh membantu mengekalkan kelembapan kulit. Topeng wajah berfungsi untuk menyalurkan nutrisi kepada kulit sekali gus memberi kelembapan secara mendalam. Agar wajah kekal lembap, urut wajah dengan ketulan ais selepas memakai topeng wajah.

RAJIN MEMBERSIH KULIT
Membersihkan kulit wajah dengan sempurna dan teliti juga amat penting agar kelembapan kulit wajah sentiasa terjaga. Bersihkan wajah dengan pembersih wajah yang sesuai dengan kulit dan bilas dengan air suam agar pori-pori wajah terbuka. Bilas semula dengan air yang sejuk agar pori-pori tertutup kembali.

CUKUP TIDUR
Tidur merupakan salah satu kunci kecantikan kepada wanita. Tidur yang cukup dan berkualiti mempengaruhi kesihatan kulit. Tempoh tidur yang diperlukan untuk mendapatkan kulit yang sihat adalah di antara enam hingga lapan jam sehari.

BERSOLEK SEDERHANA
Tidak perlu bersolek tebal. Lebih manis jika anda hanya tampil sederhana dengan solekan nipis. Bersolek tebal menjadikan kulit sukar bernafas lebih-lebih lagi apabila selepas bersolek dan tidak membersih solekan dengan sempurna. Sisa solekan yang melekat pada pori-pori kulit wajah bakal mengundang masalah kulit seperti jerawat, kulit kusam dan pori-pori besar.

BEDAK ASAS
Bedak asas dalam bentuk krim dapat membantu mengekalkan kelembapan kulit wajah. Sapu bedak asas secara nipis kerana formula pelembap ekstra boleh mencantikkan kulit wajah anda.

SAPUAN SERUM
Biasanya diri anda untuk menyapukan serum sebelum tidur bagi menjaga kelembapan kulit wajah. Ketika bangun pagi, kulit akan terasa lebih anjal dan segar. Untuk kulit di bawah mata, sapukan krim mata secara teratur.

KRIM TABIR SURIA DENGAN PELEMBAP EKSTRA
Pilih krim tabir suria yang menyediakan pelembap ekstra. Perlindungan daripada cahaya matahari ini sangat penting untuk melindungi kulit. Kesan cahaya matahari ini bukan sahaja boleh menghilangkan kelembapan kulit malah boleh menyumbang kepada jeragat dan noda hitam.

PENGELUPASAN
Lakukan rawatan pengelupasan dengan lulur yang berasaskan minyak. Ini boleh membantu menyingkirkan sel-sel kulit yang mati dan membantu memelihara kulit agar tetap dalam keadaan lembap.
8 Tips agar kulit sentiasa lembap 8 Tips agar kulit sentiasa lembap Reviewed by Bawang on Friday, September 28, 2018 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.