8 snek terbaik untuk diet



KETIKA berdiet, amat penting untuk memilih makanan yang berkhasiat.

Pemilihan makanan yang tepat mampu memberi tenaga untuk melakukan aktiviti seharian. Salah satu jenis makanan yang terbaik ialah makanan kering.

Walaupun telah mengalami proses pengeringan namun khasiatnya masih tetap tersimpan baik. Lihat sendiri apa kebaikan snek-snek sihat ini jika anda sedang berdiet.

1) Ceri kering

Ceri kering mengandungi potassium dan vitamin
A. Ceri yang dikeringkan mengandungi banyak melatonin yang membantu anda untuk cepat tidur.

2) Kismis

Buah anggur yang telah dikeringkan merupakan sumber zat besi yang paling baik untuk tubuh. Kandungan seratnya sama ada yang larut ataupun tidak larut dapat membantu sistem penghadaman serta mengurangkan kolesterol dalam badan.

3) Kurma

Kurma mengandungi karbohidrat. Tiga biji kurma memberikan anda potassium yang tinggi. Tiga biji kurma hanya mengandungi 96 kalori.

4) Kacang gajus

Kacang gajus kaya dengan kandungan protein, karbohidrat, zat besi, magnesium, fosforus, vitamin K dan phystosterol. Ia bermanfaat sebagai bahan antiseptik yang melindungi tubuh daripada serangan virus dan kuman.

5) Kacang hazel

Pengambilan kacang hazel dalam diet anda amat baik bagi membantu kelancaran sistem pencernaan. Antara nutrisi yang dibekalkan oleh kacang hazel adalah seperti thiamin, magnesium, beta-sitosterol dan phytosterol.

6) Walnut

Walnut mengandungi magnesium, fosforus, beta karotena, linoleic acid dan phytosterosis. Kacang walnut dikatakan dapat membantu mengurangkan gejala darah beku selain berperanan dalam mengurangkan rasa gatal atau radang pada kulit.

7) Prun

Buah prun amat kaya dengan serat, potassium dan antioksida. Lima biji buah prun adalah bersamaan dengan 100 kalori.

8) Kacang Pistachio

Kacang pistachio membekalkan karbohidrat, zat besi, magnesium, potassium, thiamin, vitamin B6, vitamin A dan beta karotena kepada tubuh. Khasiat yang terkandung di dalamnya turut memberikan manfaat pada tubuh di mana ia dapat membantu tubuh mengawal hipertensi dan memperkuatkan daya kekuatan mental untuk mengawal tekanan.
8 snek terbaik untuk diet 8 snek terbaik untuk diet Reviewed by Bawang on Friday, September 28, 2018 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.