Skin routine penting dalam penjagaan wajah agar kulit tampil sihat dan bersih. Di bawah merupakan step skin routine yang sesuai dilakukan pada wajah yang mempunyai masalah jerawat, breakout, oily skin dan large pores. Ikuti step di bawah jika inginkan kulit wajah anda cantik berseri.
Step 1 - Cleansing Water
Kulit muka kita terdedah kepada pelbagai kotoran. Kotoran daripada udara, sentuhan dan juga sisa daripada produk kosmetik yang digunakan.
Sekadar mencuci sahaja tidak mencukupi. Mencuci tidak dapat menanggalkan kotoran yang melekat pada liang pori-pori kulit muka. Jika tidak dibersihkan dengan betul mulalah kotoran akan terkumpul di dalam liang pori-pori dan menyebabkannya tersumpat. Apabila tersumbat timbullah masalah jerawat.
Step 2 - Cleansing Oil
Seeloknya dilakukan pada waktu malam sebelum tidur. Sebab selepas seharian kita dekat luar, kita dah terdedah dengan cuaca dan udara, kotoran yang tak nampak dengan mata kasar macam debu, sebum, peluh etc lepas tu dengan make up lagi. Hasilnya menjadikan kulit lebih bersih.
Step 3 - Exfoliator
Pengelupasan banyak membantu bagi mereka yang mempunyai masalah kulit berminyak dimana dapat mengeluarkan sel kulit mati.Tetapi penggunaan yang kerap akan menipiskan kulit. Hanya lakukan 2- 3 kali seminggu sahaja. Hasilnya kulit akan lebih bersih dan mampu mengurangkan jerawat dan jeragat. Step ini wajib dilakukan bagi penggemar makeup dan makeup menjadi rutin seharian.
Step 4 - Facial Wash
Banyak produk facial wash yang terdapat di pasaran. Pilihan bergantung kepada kulit wajah anda. Seperti yang diketahui jenama Cetaphil merupakan salah satu produk yang menjadi pilihan masyarakat malaysia dimana ia mampu membantu memperbaiki kulit wajah anda terutama kulit yang bermasalah seperti jerawat dan masalah kulit sensitif.
Skrub pada wajah perlu dilakukan sebanyak 2 - 3 kali seminggu. Ianya dapat membantu membersihkan dan mengeluarkan sel-sel kulit mati, blackhead dan whitehead. Mampu menjadikan kulit anda lebih bersih dan segar. Penggunaan yang kerap akan menyebabkan lapisan kulit menipis.
Kaedah face steam jarang dilakukan sebagai rutin mingguan kita. Sepatutnya ia dilakukan 1- 2 kali seminggu. Bagi penggemar face mask ia wajib dilakukan sebelum penggunaan face mask dimana liang pori wajah akan terbuka dan dapat menyerap kebaikan zat, nutrien, enzyme pada mask. Selain itu, pengguna peel off whitehead dan blackhead juga harus melakukan face steam terlebih dahulu.
Step 7 - Face Mask
Terdapat pelbagai jenama face mask yang terdapat di pasaran bergantung kepada pilihan anda. Penggunaannya adalah 2- 3 kali seminggu. Face mask yang terbaik adalah dari clay mask. Mask dapat membantu dalam memberi perlindungan maksIma dan membersihkan liang pori serta mengurangkan masalah jerawat.
Step 8 - Toner
Toner bertindak bagi mengecilkan dan merapatkan semula liang pori yang terbuka pada wajah. Wajib dipakai setiap hari.
Step 9 - Serum
Serum biasanya hadir dalam bentuk cecair jernih, berstruktur ringan dan bebas minyak. Mengandungi sejumlah bahan aktif yang terbaik untuk kulit wajah. Kecantikan terdapat dalam serum termasuk vitamin dan antioksida yang berfungsi menembus masuk ke dasar kulit lebih jauh, pantas dan mudah berbanding dengan cecair pelembap biasa.
Step 10 - Essence
Penggunaan essence membantu dalam mengekalkan keremajaan kulit dan menjadikan kulit lebih licin serta effect glowing pada kulit wajah.
Step 11 - Gel for Acne, Darkspot, Marks
Pilih gel yang sesuai mengikut keperluan anda. Jenama Hiruscar bagus untuk memudarkan parut jerawat di wajah.
Step 12 - Krim pelembap (Moisturizer)
Terdapat pelbagai jenama yang terdapat di pasaran bergantung dengan pilihan anda. Krim pelembap berstruktur krim yang terdapat dalam pelbagai variasi untuk siang dan malam. Krim pelembap penting dalam rutin penjagaan harian kulit wajah agar kekal lembap dan segar, terlindung daripada sinaran uv serta mencegah tanda penuaan dan rekahan kulit.
Step 13 - Krim Pelindung Matahari (sunblock)
Penggunaan sunblock pada wajah amat penting dimana ia mampu melindungi kulit dari sinaran matahari yang berbahaya sekaligus mengurangkan pelbagai risiko masalah kulit. Di pasaran terdapat pelbagai jenama dengan jumlah SPF yang berbeza bergantung pada jenis kulit dan aktiviti harian anda.

13 Step Skin Routine pada Kulit Wajah Anda yang bermasalah
Reviewed by Bawang
on
Wednesday, November 28, 2018
Rating:
No comments: