5 Langkah Penjagaan Kulit Wajah Agar Tampil Cantik

Penjagaan kulit wajah bagi wanita adalah satu perkara yang penting yang perlu dilakukan setiap hari. Ini adalah kerana demi memastikan kulit wajah tampil sihat, segar dan awet muda.

Namun, tidak semua orang yang mampu melakukan rutin penjagaan waja yang betul disebabkan faktor kemalasan, tiada kesedaran tentang pentingnya kesihatan kulit wajah dan sebagainya.

Di bawah ini merupakan beberapa tips untuk penjagaan kulit wajah anda.

1) Pembersihan wajah


Pastikan anda mencuci kulit wajah anda setiap hari pada waktu pagi dan malam terutamanya selepas seharian menggunakan alat solekan. Pada waktu pagi, elakkan mencuci wajah dengan pencuci muka tetapi cukup dengan hanya percikan air suam yang mampu membuatkan wajah segar dan bersih.

2) Skrub 



Penggunaan skrub pada wajah seminggu sekali mampu membuatkan wajah dan kulit anda tampil segar dan bersih. Kebaikan skrub adalah mampu membuang kulit mati, whitehead dan blackhead pada wajah. Hasilnya kulit wajah anda akan merasa segar dan lincin seakan dilahirkan semula

3) Serum


Penggunaan serum pada kulit wajah mampu menjadikan kulit anda lebih cerah dan berseri. Tidak ramai yang tahu bahawa serum ini sangat bagus pada kulit kerana menjadikan kulit anda sihat sepanjang masa. Kulit juga akan mampu menyerap lebih banyak vitamin dan mineral


4) Pelembap


Sapukan pelembap ke atas kulit wajah agar ia tidak mudah kering dan mengalami dehidrasi. Kulit perlukan sedikit lembapan agar tidak cepat mengalami proses penuaan dan kedutan. Majoriti pakar kulit mengesyorkan penggunaan krim khas untuk sekitar mata kerana kulit di bahagian mata tiada sebarang lemak tisu dan tipis. Jadi, risiko untuk kedutan muncul dengan cepat adalah tinggi mengikut usia. Dengan penggunaan krim mata mampu sedikit sebanyak menebalkan kulit di bahagian tersebut agar sentiasa muda.


5) Krim pelindung cahaya matahari


Sebelum anda melangkah keluar dari rumah, pastikan anda sudah menggunakan krim pelindung cahaya matahari kerana sinaran terik matahari mampu merosakkan sel-sel kulit serta memberikan impak buruk pada wajah seperti jeragat, kedutan dan berisiko untuk terkena kanser kulit. Sekurang-kurangnya dengan SPF30 ia sudah mampu melindungi kulit dari bermasalah.


5 Langkah Penjagaan Kulit Wajah Agar Tampil Cantik 5 Langkah Penjagaan Kulit Wajah Agar Tampil Cantik Reviewed by Bawang on Tuesday, November 27, 2018 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.