Gara-gara obses dengan makeup punca kulit wajah rosak, Perlu atau Tidak? Dan 5 Tips agar kulit sentiasa bersih selepas Makeup
Wanita di seluruh dunia rata-ratanya terlalu obses dengan produk kecantikan @ makeup disebabkan untuk tampil cantik, bergaya, berkeyakinan dan lain-lain lagi. Tidak juga ada yang terlalu obses dengan makeup dimana sanggup berikat perut, berhabisan ratusan ringgit demi wajah mereka. Suka @ gemar tidak sama erti dengan obses terhadap sesuatu perkara.
Obses ini bermaksud terlalu meminati sesuatu hingga sanggup melakukan apa sahaja demi mendapatkan atau mengejar sesuatu perkara @ barang. Bagi saya obese ini membuatkan seseorang itu menghambakan diri pada sesuatu perkara yang melibatkan hati, pemikiran, fizikal, masa dan kehendak. Obses juga merupakan satu penyakit tidak kira perkara tersebut positif mahupun negatif.
OK..Perlu atau tak OBSES terhadap Makeup???
Jawapannya terpulang pada diri anda. Tapi keobsesan anda tu janganlah terover pulak takut memudaratkan diri pulak. Sebagai contoh obses terhadap makeup punca kulit wajah anda menjadi bermasalah seperti jerawat, jeragat, blackhead dan sebagainya. Selalu makeup juga punca kulit wajah anda cepat menjadi tua, kedutan dan sebagainya. Makeup tidak salah sebab ia puncanya kita lebih berkeyakinan tinggi tambah-tambah yang hari-hari jumpa client@customer TAPI biarlah berpada-pada jangan sampai merubah wajah asal anda. Lagi parah ada yang sanggup tinggalkan solar sebab takut makeup hilang. ALLAH.
5 TIPS AGAR KULIT SENTIASA BERSIH SELEPAS MAKEUP
1) Cuci makeup sebelum tidur
Jangan sesekali terus tidur tanpa memcuci makeup ye. Nilah punca tumbuhnya jerawat pada wajah anda. Sila buang tabiat anda itu. Kulit sebetulnya ditinggalkan atau berkeadaan bersih sebelum tidur. Dengan itu, kulit anda dapat bernafas dengan lebih sempurna. Kulit yang dibiarkan kotor akan membantutkan proses pemulihan kulit sepanjang anda tidur.
2) Sapu Krim Pelembap Malam
Krim pelembap malam mempunyai fungsi tersendiri. Sepanjang tidur, krim akan membantu untuk merawat atau memulihkan kulit anda menerusi bahan aktif yang terkandung di dalam krim.
3) Sapuan pupur pada wajah
Pupur tradisional menggunakan bahan di dapur mampu membersih dan merawat wajah anda sama seperti produk yang tersedia di pasaran. Cuba pupur dengan menggunakan tomato. Tumbuk atau lenyek 2 biji tomato kemudian lumurkan pada wajah seketika sehingga kering dan cuci dengan air suam. Selepas itu, pasti anda dapat rasakan perubahan pada kulit wajah dimana ia lebih bersih, berseri dan cerah.
4) Skrub pada wajah
Skrub dapat membantu membuang sel kulit mati. Sekurangnya seminggu 1 @ 2 kali perlu scrub wajah anda. Pilih lah skrub yang sesuai dengan kulit anda dimana terdapat pelbagai jenama di pasaran. Dengan skrub membuatkan kulit wajah anda terhindar dari kusam, menjadikan kulit lebih cerah berseri.
5) Pembersihan wajah dengan sempurna
Pastikan selepas menggunakan makeup, kulit anda dicuci dengan betul. Untuk lebih bersih disarankan menggunakan routine double cleansing iaitu oil cleansing dan foam cleansing. Kulit anda akan lebih bersih dan sempurna.
Gara-gara obses dengan makeup punca kulit wajah rosak, Perlu atau Tidak? Dan 5 Tips agar kulit sentiasa bersih selepas Makeup
Reviewed by Bawang
on
Thursday, November 29, 2018
Rating:
No comments: