Resepi Cream Horn Pastry Puff Viral

Viral Cream Horn Pastry Puff




Bahan-bahan:

Acuan Horn


Pastry puff sheet - size 8x8
1 biji kuning telur
Perisa vanilla
Gula pasir
Badam (dikisar kasar)

Cara Penyediaan :


  • keluarkan puff pastry dan biarkan selama 3 minit supaya lembut kemudian potong pastry kepada 8 jaluran setiap satu.

  • siapkan acuan horn kemudian sapukan margarin kemudian letakkan pada loyang yang sudah disapukan margarin juga.

  • step seterusnya ambil salah satu potongan pastry tadi kemudian paipkan atau letakkan dan tekan pada hujung acuan hor. pintahl dari bahagian hujung bawah acuan hingga ke hujung atas acuan. pada hujung pastry sapukan dengan kuning telur supaya rapat dan tidak terbuka.

  • ulangi proses tadi hingga semua pastry puff habis kemudian susun diatas loyang yang sudah disapukan margarin. selepas itu sapukan kuning telur yang sudah dicampur vanilla tadi dan taburkan campuran badam dan gula pasir diatasnya.

  • akhir sekali, bakar dalam oven bersuhu 175C selama lebih kurang 15 minit dan apabila sudah masak angkat dan sejukkan. 



Bahan Isi Cream:

  • 175 ml susu cair
  • 50 gram gula pasir
  • 1 sudu makan tepung maizena
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sudu makan mentega / margerin
  • rhum secukupnya
  • garam dan gula secukup rasa


Cara Membuat Isi Cream Horn:

  • siapkan bekas yang sesuai kemudian masukkan tepung maizena, susu cair, dan kuning telur kemudian kacau hingga rata. apabila sudah rata tapiskan supaya isi cream lebih lembut dan sedap.

  • apabila sudah ditapis masukkan dalam periuk kemudian masukkan garam dan gula secukup rasa dan masak dengan api sederhana hingga agak kental.

  • apabila sudah agak kental masukkan margerin dan terus kacau hingga kental betul-betul. apabila sudah kental boleh matikan api kemudian angkat dan masukkan rhum secukupnya selepas itu kacau sekejap supaya rata.

  • akhir sekali, tuangkan isi cream dalam bekas yang sesuai atau mangkuk dan biarkan hingga sejuk atau anda boleh masukkan kedalam peti sejuk.

Cara menghidangkanya sangat mudah iaitu ambil kulit horn yang sudah sejuk kemudian masukkan isian cream dan tambahkan hiasan mengikut selera anda.


Resepi Cream Horn Pastry Puff Viral Resepi Cream Horn Pastry Puff Viral Reviewed by Bawang on Wednesday, November 28, 2018 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.