13 Destinasi Pelancongan Percuma yang menarik di Pulau Pinang

1. TAMAN NEGARA PULAU PINANG


Merupakan taman negara paling kecil di negara ini dengan keluasan seluas 2,562 hektar. Ia diwartakan pada tahun 2003 dan merupakan rumah bagi 46 spesis burung seperti burung raja udang, uwak-uwak dan bangau.

Sebuah ekspedisi pada tahun 2000 yang dikendalikan oleh Persatuan Alam Semula Jadi Malaysia merekodkan terdapat sebanyak 417 spesis flora manakala 143 spesis fauna. Sebelum kawasan ini dijadikan taman negara, penduduk tempatan mengenalinya sebagai Hutan Simpan Pantai Agurucheh. Antara aktiviti yang dijalankan ialah memancing, berenang dan berjalan kembara.

Pasir memutih Pantai Kerachut juga merupakan tempat bertelur bagi penyu hijau dari bulan April hingga Ogos, dan penyu karah pula dari bulan September hingga Februari. Tempat untuk penyu bertelur dibina di Pantai Kerachut pada tahun 1995 kini diselia oleh Jabatan Perikanan Negeri bersama-sama dengan Jabatan Hidupan Liar dan Taman-Taman Negara (Perhilitan) dan Jabatan Perhutanan. Gabungan kesemua ini juga dapat memastikan taman ini berada dalam keadaan bersih dan terpelihara.

Beberapa spesis kayu keras boleh ditemui di sini, terutamanya dari spesis shorea, seperti Meranti dan Merawan Baru. Malah, kawasan ini satu-satunya tempat di mana pokok Gelam diketahui masih tumbuh.

Kepelbagaian bio taman ini juga mengagumkan, dengan 1,000 spesis tumbuhan termasuk lima spesis berlainan pokok Bintangor.

Selain daripada itu, taman ini mempunyai enam jenis habitat berlainan yang merupakan satu-satunya di Malaysia, tasik meromiktik (tasik yang terhasil mengikut musim, di mana terdapat lapisan air berlainan), tanah paya, paya bakau, dataran lumpur, terumbu karang dan pantai tempat penyu bertelur. Juga terdapat pelbagai periuk kera, orkid liar, tumbuhan berubat dan banyak lagi.

Untuk ke taman negara terdapat dua pintu masuk ke taman ini, satu di Kuala Sungai Pinang dengan menaiki bot atau satu lagi di Teluk Bahang, yang mudah dituju dengan menaiki kereta. Tidak sampai 45 minit perjalanan menaiki kereta untuk ke Taman Negara Pulau Pinang dari ibu negeri, George Town. Perjalanan ke sini melewati persekitaran bandar dan kampung di sepanjang jalan pesisir pantai bandar Tanjung Tokong, Tanjung Bungah, Batu Feringhi dan Teluk Bahang. Pintu masuk pertama ke taman ini berada di Teluk Bahang, atau anda boleh menaiki bot dari Kampung Kuala Sungai Pinang.



2. PENANG STREET ART


Sekiranya anda adalah fotografi, mural dan seni lukis, Street Art Penang adalah tempat untuk anda, di mana lukisan dinding dan arca yang dilukis dan dipasang di sekitar George Town.
Seni dinding unik ini memperlihat keadaan hidup seharian masyarakat tempatan, di samping memaparkan unsur humor dan sejarah untuk tatapan ramai.
Oleh kerana ia mungkin memaparkan sejarah sesuatu lorong atau kawasan di George Town, anda perlu rajin berjalan kaki jika ingin melihat kesemuanya sekali.

Pelukis yang bertanggungjawab menukar dinding bangunan George Town kepada hasil seni ini ialah pelukis Lithuania Ernest Zacharevic, pelukis pekak dan bisu Louis Gan dan kumpulan pelukis 101LostKittens


3. TAMAN BOTANI PULAU PINANG


Taman Botani Pulau Pinang yang terletak di Jalan Kebun Bunga dikenali juga dengan nama Kebun Bunga Pulau Pinang. Taman ini wujud sejak tahun 1884 di bawah pengawasan seorang pegawai Inggeris bernama Charles Curtis.
Taman Botani Pulau Pinang yang terletak berhampiran Bandar Raya Georgetown memainkan peranan sebagai sebuah institusi botani yang penting di Malaysia. Taman yang berkeluasan 29 hektar ini menjadi tempat riadah dan rekreasi awam yang utama di Georgetown.
Selain bersiar-siar sambil menikmati keindahan alam semula jadi, pengunjung turut mengambil kesempatan untuk bersenam kerana udara segar dalam taman ini memang bersih dan bebas daripada pencemaran. Persekitaran taman yang nyaman dan tenteram sesuai juga bagi pencinta seni mendapatkan ilham untuk berkarya, seperti mencipta sajak, mencipta lagu, melukis, atau para pelajar dapat mengulang kaji pelajaran tanpa gangguan.
Kehadiran pelancong yang semakin bertambah menjadikan taman ini dikenal pasti untuk disenaraikan dalam sebuah buku bertajuk “1001 Taman Tercantik di Dunia”. Setiap tahun, banyak perbelanjaan digunakan bagi tujuan penyelenggaraan taman supaya sentiasa kelihatan bersih, terpelihara dan dapat menarik perhatian pelancong dalam dan luar negara. Dianggarkan, sebanyak 100 ribu pengunjung melawat Taman Botani Pulau Pinang setiap tahun.
Antara tempat yang dapat dilawati dalam taman ini ialah Kolam Lili, Taman Formal, Rumah Pokok Perdana, Denai Hutan Hujan Tropika, Rumah Paku Pakis, Taman Rekreasi Kuari, Pusat Hortikultur, Nurseri, Rumah Kaktus dan Rumah Orkid.



4. PANTAI BATU FERINGGI



Batu Feringgi adalah sebuah kawasan peranginan utama sekali di negeri Pulau Pinang. Ia terletak tidak jauh dari pusat bandaraya Georgetown ( 5 km dari Tanjung Bungah ).
Batu Feringgi terletak di sepanjang jalan pesisiran barat laut bandar 
raya George Town dan dipenuhi dengan resort bertaraf antarabangsa, merupakan pantai paling terkenal di Pulau Pinang.

Pantai Batu Feringgi mempunyai beberapa tarikan tepi pantai yang sesuai untuk seisi keluarga lawati samada untuk bersantai, shoping di pasar malam atau aktiviti sukan air seperti parasailing, banana boat, jetski dan mandi manda.



5. PERSIARAN GURNEY (GURNEY DRIVE) @ THE NEW ESPLANADE PULAU PINANG




Persiaran Gurney ialah Esplanade baru pinggir laut popular di suburb utara Georgetown, Pulau Pinang. Mengambil alih Esplanade Lama di Padang Kota Lama, Jalan ini juga merupakan antara tumpuan pelancong paling popular di Pulau Pinang, terkenal dengan makanan "gerai penjaja" yang sebelum ini terletak di sepanjang pinggir laut, dan kini dipindahkan ke suatu medan selera berdekatan. 

Sebelum ini dikenali dengan nama New Coast Road, ia siap dibina pada 1936 di tepi pantai yang ketika itu dikenali sebagai North Beach, dan dinamakan semula pada 1952 bersempena Sir Henry Gurney, Pesuruhjaya Tinggi British di Malaya (1950–1951), yang dibunuh gerila Parti Komunis Malaya semasa Darurat Tanah Melayu. Selain itu, dua pusat membeli-belah terkenal - Gurney Plaza dan Gurney Paragon - serta banyak hotel dan kondominium tinggi, terletak di sepanjang Gurney Drive. 



6. TOKONG ULAR (SNAKE TEMPLE)



Tokong Ular terletak di Sungai Kluang, Bayan Lepas Pulau Pinang dan kemungkinannya satu-satunya tokong sebegini di dunia. Tokong ini dipenuhi asap colok dan pelbagai jenis ular tedung. Ular-ular ini dipercayai dijadikan tidak merbahaya oleh asap suci, tetapi sebagai langkah keselamatan, ular-ular ini turut dibuang kelenjar bisa tetapi masih mengekalkan taring mereka. Pelawat dinasihatkan agar tidak mengambil ular dan meletakkannya ke atas badan mereka untuk bergambar. Pemuja tempatan percaya bahawa ular yang terdapat di sana datang ke tokong itu secara sendiri.


7. DESIGN VILLAGE



Design Village adalah pusat membeli-belah yang terletak di Batu Kawan, Pulau Pinang. Dibuka pada tahun 2016, ia adalah pusat membeli-belah terbesar di Malaysia, yang meliputi kawasan terbina dalam 37,161 m2 (400,000 kaki persegi). Design Village dilaporkan dibina di atas taman tropika seluas 24 ekar. Pada masa pembukaannya pada November 2016, pusat membeli-belah ini hampir 70% dipenuhi dengan penyewa. Antara penyewa adalah GapTimberlandPierre CardinPadiniAdidasBody GloveLevi'sGuessSamsoniteEsprit dan Cotton On. Terdapat restoran-restoran di dalam pusat membeli-belah seperti Coffee BeanStarbucksBaskin-Robbins and Wendy's. Beberapa kedai penjagaan kesihatan juga melengkapkan pelbagai jenama antarabangsa, termasuk Watsons dan 7-Eleven.



8. TAMAN BELIA @ TAMAN PERBANDARAN PULAU PINANG


Taman Belia terkenal sebagai destinasi pelancongan masyarakat setempat malah amat sesuai untuk aktiviti rekreasi dan beridah bersama keluarga.Menurut pegawai Tadbir MPPP ia dibuka sejak tahun 1972 dan dikenali sebagai Taman Belia atau Youth Park ketika itu. Pada tahun 1993 namanya ditukar secara rasmi kepada Taman Perbandaran MPPP.

Di sini tersedia pelbagai aktiviti menarik antaranya berkelah dan mandi-manda di kolam mandi . Ada 3 kolam mandi (percuma) di sini,selain itu pengunjung juga bebas melakukan aktiviti riadah lain seperti senaman tai chi dan senamrobik di padang serba guna atau sekadar menghirup udara segar dengan berjalan-jalan atau berjoging di trek yang dibina khas. Sementara itu, panggung terbuka yang dikhaskan untuk persembahan hiburan, gimnasium, Skate Park dan memanah mempopularkan lagi kawasan rekreasi berkenaan. Pengunjung yang menggemari aktiviti lasak pula, mereka boleh merasai pengalaman mencabar menerusi sukan lasak di bawah Persatuan Sukan Lasak Pulau Pinang yang acap kali dijalankan di situ selain aktiviti sampingan seperti hiking dan jogathon.

Tidak perlu risau untuk berkunjung pada hari cuti memandangkan telah tersedia kawasan letak kereta yang mencukupi di situ selain kemudahan kedai cenderahati dan lain-lain. Taman seluas 66.8 hektar dibuka secara percuma kepada orang ramai dari pukul 7.00 pagi hingga 7.00 petang

9. RUMAH P. RAMLEE

Rumah P. Ramlee merupakan sebuah muzium yang terletak di Jalan P. Ramlee (dahulunya dikenali sebagai Caunterhall Road) di Pulau Pinang. Bangunan ini merupakan rumah kayu bagi memperingati seniman tanahair yang terkenal iaitu P.Ramlee, penyanyi, pelakon, penggubah dan juga pengarah.
Asalnya ia dibina pada tahun 1926 oleh ayahnya dan ayah saudaranya, rumah ini telah beberapa kali dibaik pulih sebelum diambil alih sepenuhnya oleh Arkib Negara sebagai sambungan projek Memorial P. Ramlee di Kuala Lumpur. Barangan yang dipamerkan di sana termasuklah diari, kenangan peribadi yang bersangkut paut dengan kehidupannya di Pulau Pinangdan juga barangan kepunyaan keluarga beliau.

10. TAMAN RIMBA TELUK BAHANG

Teluk Bahang terletak di barat laut Pulau Pinang kira-kira 24km dari George Town. Ia boleh dihubungi melalui jalanraya dari George Town - Batu Ferengghi - Teluk Bahang. 
Ada beberapa tempat menarik dan popular di TB seperti Escape Adventureplay Theme Park, Taman Negara Teluk Bahang dan Pantai Teluk Bahang yang sering menjadi lokasi perkelahan.
Bagi peminat aktiviti yang agak lasak dan menggunakan banyak tenaga seperti berpenat-lelah jungle trekking di Taman Negara Pulau Pinang atau bermain di Escape, bolehlah mandi-manda pula di Taman Rimba Teluk Bahang. Di Taman Rimba Teluk Bahang terdapat Muzium Perhutanan, Jambatan gantung dan Denai (trek) ke Bukit Bendera. Antara kemudahan yang disediakan adalah padang permainan, tapak perkhemahan, kolam mandi dan lain-lain lagi.
Waktu beroperasi adalah dari jam 7.00 pagi hingga 6.00 petang dan masuk adalah percuma.

12. MASJID KAPITAN KELING




Masjid Kapitan Keling terletak di Jalan Masjid Kapitan Keling, yang pada asalnya digelar Lebuh Pitt, ia merupakan satu-satunya tempat tarikan pelancong yang utama di Tapak Warisan Dunia George Town. Merupakan masjid tertua di Georgetown, Pulau Pinang. 

Sebelum pembinaan Masjid Negeri Pulau Pinang, Masjid Kapitan Keling digunakan sebagai masjid negeri Pulau Pinang, memandangkan ia adalah masjid bersejarah yang terbesar di George Town. Masjid Kapitan Keling diberi nama sempena Caudeer Mohuddeen, pemimpin komunity India Muslim yang telah membinanya lebih kurang dalam tahun 1800.

12. MASJID TERAPUNG TANJUNG BUNGAH




Masjid Terapung,Tanjung Bungah,Pulau Pinang sebagai tempat persinggahan di kalangan pelancong bukan sahaja untuk solat malah bagi merehatkan minda.Ianya terletak dalam perjalanan menuju ke Batu Feringghi.Masjid Terapung Tanjung Bungah telah dirasmikan oleh bekas Perdana Menteri,Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 16 Mac 2007.
Keadaannya yang terapung atas permukaan air laut sejauh kira-kira 300 meter dari pantai cukup unik dan indah dipandang. Masjid dua tingkat yang mampu memuatkan 1,500 jemaah itu dan dibina di Mukim 18, Daerah Timur Laut di tepi pantai Tanjung Bunga dilengkapi ruang sembahyang utama, ruang sembahyang wanita, tempat mengambil wuduk lelaki dan wanita serta bilik menguruskan jenazah.


13. PADANG KOTA LAMA


Padang Kota Lama merupakan satu kawasan bandaraya yang cukup popular di George Town, Pulau Pinang. Ia terletak di dalam kawasan parlimen Tanjung. Padang Kota Lama ini cukup popular dan meriah apabila menjelang sambutan hari kemerdekaan, sambutan Tahun Baru dan macam-macam lagi perayaan. Ianya turut dipanggil the Esplanade.

Padang Kota  ini terletak berhadapan dengan laut. Dari Padang Kota, pengunjung dapat melihat Jambatan Pulau Pinang yang menghubungkan kawasan pulau ke tanah besar dengan jelas dan juga feri Pulau Pinang berselisih membawa penumpang dan kenderaan dari Pangkalan Sultan Abdul Halim ke Pangkalan Raja Tun Uda. Di Padang Kota Lama, terdapat bangunan bersejarah yang dikenali sebagai Fort Cornwallis. Kapten SHTI Francis Light telah mengibarkan bendera Union Jack di Kota_Cornwallis . Kubu pertahanan dibina di Padang Kota Lama dan beberapa buah meriam di sini masih dapat dilihat dengan jelas.

Makanan yang cukup popular di sini sudah semestinya pasembor, nasi kandar, cendol dan juga laksa. Di Padang Kota Lama terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan oleh majlis bandaraya untuk para pengunjung seperti taman permainan kanak-kanak, padang awam, dataran berbata, tandas awam dan tempat makan yang menarik.




13 Destinasi Pelancongan Percuma yang menarik di Pulau Pinang 13 Destinasi Pelancongan Percuma yang menarik di Pulau Pinang Reviewed by Bawang on Thursday, December 06, 2018 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.