Live Streaming Anugerah DFKL 2019 pada 7 April 2019

Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2019 edisi ke-6 bertemakan Positif Selalu bakal diadakan di Pusat Dagangan Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 7 April 2019 jam 9.00 malam. DFKL 2019 turut disiarkan secara lansung menerusi TV3. Anugerah DFKL pada tahun ini akan dihoskan oleh pengacara hebat iaitu Awal Ashaari. Anugerah ini diadakan adalah bagi mengiktiraf drama-drama yang telah bersiaran sepanjang tahun 2018.

DFKL 2019 mengangkat tema Positif Selalu tahun ini untuk menyerap budaya pemikiran dan perlakuan positif dalam kalangan penonton TV dan juga pengguna media sosial di Malaysia terutama di kalangan belia dan milenial.

Anugerah DFKL 2019 akan mempertandingkan sembilan kategori iaitu Aktor Pilihan, Aktres Pilihan, Antagonis Pilihan, Pengarah Pilihan, Penulis Skrip Pilihan, Lagu Pilihan, Pasangan Pilihan, Drama Pilihan, dan tambahan kategori terbaru iaitu Drama Rantaian Bahasa Cina yang dipertandingkan buat pertama kalinya. 

LIVE STREAMING ANUGERAH DFKL 2019


LIHAT JUGA : SENARAI PENUH PEMENANG ANUGERAH DFKL 2019


Live Streaming Anugerah DFKL 2019 pada 7 April 2019 Live Streaming Anugerah DFKL 2019 pada 7 April 2019 Reviewed by Bawang on Sunday, March 31, 2019 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.