Senarai Penuh Pemenang Anugerah DFKL 2019

Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2019 edisi ke-6 bertemakan Positif Selalu bakal diadakan di Pusat Dagangan Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 7 April 2019 jam 9.00 malam. DFKL 2019 turut disiarkan secara lansung menerusi TV3. Anugerah ini diadakan adalah bagi mengiktiraf drama-drama yang telah bersiaran sepanjang tahun 2018.

DFKL 2019 mengangkat tema Positif Selalu tahun ini untuk menyerap budaya pemikiran dan perlakuan positif dalam kalangan penonton TV dan juga pengguna media sosial di Malaysia terutama di kalangan belia dan milenial.

Anugerah DFKL 2019 akan mempertandingkan sembilan kategori iaitu Aktor Pilihan, Aktres Pilihan, Antagonis Pilihan, Pengarah Pilihan, Penulis Skrip Pilihan, Lagu Pilihan, Pasangan Pilihan, Drama Pilihan, dan tambahan kategori terbaru iaitu Drama Rantaian Bahasa Cina yang dipertandingkan buat pertama kalinya.

KEPUTUSAN ANUGERAH DFKL 2019

Drama Pilihan : Nur

Pengarah Pilihan : Shahrulezad Mohamed Din (Nur)

Aktor Pilihan : Syafiq Kyle (Nur)

Aktres Pilihan : Janna Nick (Semerah Cinta Humairah)

Pasangan Pilihan : Syafiq Kyle dan Amyra Rosli (Nur)

Antagonis Pilihan : Azhan Rani (Nur)

Penulis Skrip Pilihan : Shahrulezad Mohameddin (Nur)

Lagu Tema Pilihan: Jatuh Bangun (Shah & Zam)

Drama Pendek Pilihan:
Orang Kita
Nelayan Siblings
Butang Hukum

Drama Rantaian Bahasa Cina : My Sensei Nyonya (Mediacorporation Studio (M) Sdn Bhd)

Senarai Penuh Pemenang Anugerah DFKL 2019 Senarai Penuh Pemenang Anugerah DFKL 2019 Reviewed by Bawang on Sunday, March 31, 2019 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.