Biodata Hun Haqeem Pelakon Drama The Gadis

Biodata Hun Haqeem | Pasti anda tertanya-tanya siapakah pelakon lelaki di dalam Drama Cari Aku Di Syurga yang membawakan watak sebagai Ariff. Nama beliau adalah Hun Haqeem merupakan pelakon baru di bawah MIG Productions. 



Hun Haqeem merupakan seorang model dan pelakon yang sedang meningkat naik dalam industri hiburan. Namanya mula dikenali setelah berlakon dalam Drama Cari Aku Di Syurga. Seterusnya Drama Cinta Belum Tamat Tempoh, Kampung People dan Seindah Tujuh Warna Pelangi. Lakonan Hun Haqeem mula melonjak kembali setelah dia memegang salah satu watak sebagai Jekfer dalam Drama Kampung People. 

Terkini, Hun Haqeem diberi kepercayaan memegang watak utama dalam Drama The Gadis yang sedang bersiaran di Slot Lestary TV3 pada setiap Rabu hingga Jumaat jam 9.00 malam. Dalam drama ini Hun Haqeem menggalas watak sebagai Mika telah berpakat dengan Nad (Fatin Afeefa) untuk memerangkap Lisa (Yuna Rahim) seorang gadis kampung yang naif untuk dijual kepada lelaki hidung belang.

BIODATA HUN HAQEEM

Nama Popular : Hun Haqeem
Nama Sebenar : Haqeem bin Hermy
Umur : 22 tahun (2020)
Tarikh Lahir : 7 Januari 1998
Asal : Kuching, Sarawak
Pendidikan : Komunikasi Korporat di KUPTMKL
Kerjaya : Pelakon dan Model
Agama : Islam
Kacukan : Melayu dan Cina
Lakonan : Drama Cari Aku Di Syurga, Tasbih Usang, Cinta Belum Tamat Tempoh, Kampung People, Seindah Tujuh Warna Pelangi (2020), The Gadis (2020)
Laman Sosial : Ig/HunHaqeem

FOTO HUN HAQEEM



Biodata Hun Haqeem Pelakon Drama The Gadis Biodata Hun Haqeem Pelakon Drama The Gadis Reviewed by Bawang on Sunday, January 05, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.