Sinopsis Makmum The Movie

Masihkah anda ingat atau tonton Filem Horror Pendek berjudul Makmum arahan Reza Pahlevi yang mendapat perhatian sekitar tahun 2016 yang mengisahkan tentang seorang pelajar perempuan mendapat gangguan ketika di asrama. Hasil daripada ini tercetuslah Makmum The Movie yang dikatakan berdasarkan daripada kisah nyata. Filem ini diarahkan oleh Dheeraj Kalwani dan terbitan Blue Water Films & Dee Company. Masih tidak pasti bilakah tarikh tayangan filem ini di Malaysia tetapi yang pastinya bakal menghantui anda ketika solat bersendirian dalam gelap. 

SINOPSIS MAKMUM THE MOVIE
Menerusi trailer berdurasi 1 minit sudah membuatkan anda faham jalan cerita yang bakal ditunjukkan dalam filem ini dimana dimulai dengan scene seorang wanita (Titi Kamal) yang solat bersendirian memulakan dengan bacaan niat solat Maghrib dan solatnya terhenti apabila pintu bilik terbuka sendiri. 



Kemudian dia pergi ke pintu tersebut untuk melihat siapa yang buka namun tidak kelihatan sesiapun di situ. Dia kembali meneruskan solatnya namun ketika mengangkat takbir kedengaran suara mengikutnya dari belakang. Dia mulai tidak kusyuk dan takut kerana setahu dia tiada sesiapun di situ. Setiap gerakan solatnya diikut seolah-olah ada seorang makmum di belakangnya. 

PELAKON MAKMUM THE MOVIE
Titi Kamal, Ali Syakieb, Tissa Biani, Bianca Hello, Adila Fitri

Biarpun trailer terlalu ringkas, tetapi mungkin mampu membuatkan anda fobia untuk menunaikan solat bersendirian dalam ruangan yang gelap. Tak sabar nak tunggu filem ini masuk Malaysia kan dan pastinya penuh dengan debaran. 
Sinopsis Makmum The Movie Sinopsis Makmum The Movie Reviewed by Bawang on Sunday, June 23, 2019 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.