Sinopsis Sweet Dreams (Mira Filzah & Ben Amir)

Nantikan Drama Sweet Dreams di Slot Megadrama Astro Ria yang merupakan adaptasi daripada Novel Sweet Dreams karya Acik Lana. Menampilkan pelakon Ben Amir dan Mira Filzah selaku teraju utama dalam drama ini yang akan disiarkan selama 28 episod. Drama ini diarahkan oleh Micheal Ang. 


PELAKON SWEET DREAMS
Ben Amir, Mira Filzah (akan dikemaskini) 

SINOPSIS SWEET DREAMS
Mengisahkan tentang Putri (Mira Filzah) berumur 26 tahun dan agak clumsy. Selalu saja dapat kemalangan kerana sifatnya yang sangat kelam-kabut. Disebabkan itu, dia menjadi bahan ejekkan di tempat kerja dan menyeba kan dia terasa rendah diri. Nama Qash Adam (Ben Amir) amat terkenal dalam dunia seni lukis. Tetapi tiada siapa pun tahu bagaimana rupanya. Dia lebih suka menyendiri kerana kisah lalu yang perit. Ia nya bermula dengan kebolehannya untuk 'melihat masa depan'. Kehadiran Putri dalam mimpinya menjadi tanda-tanya pada Qash. Putri hairan kerana telah beberapa kali Qash menyelamatkannya. Superhero? Spiderman? Siapakah Qash sebenarnya? Jalan hidup mereka seakan-akan bertaut. Saling memerlukan. Apakah yang akan terjadi bila mereka bersama?


Banyak peristiwa lucu, pertelingkahan dan salah faham berlaku apabila si malang bertemu dengan si adiwira. Rahsia demi rahsia terbongkar. Namun sebanyak mana pun perbezaan antara Putri dan Qash, ada perasaan halus mengikat hati mereka berdua. Berkahwin kemudian bercinta. Ta
pi di pengakhirannya bagaimana?


WATAK PUTRI - Gelaran seperti Ratu Kelam Kabut, Minah Clumsy sudah cukup sinonim dengan dirinya sejak kecil lagi. Habis semua tiang dan dinding dia langgar, malah sudah banyak kali dia jatuh tertonggeng ke dalam longkang. Bernasib malang atau dia memang punya masalah koordinasi fizikal tak balance?

WATAK QASH ADAM - Kesengsaraan hidup di zaman silam membuatkan dia kemurungan dan hidup dalam pengasingan. ‘Anugerah’ yang dikurniakan membuat seluruh tubuh rasa terbeban. Dihina, difitnah, dicaci kerana punya ‘kuasa magis’ membuatkan dia menolak sebarang bentuk hubungan dengan manusia. Dia tertekan, ini kelebihan atau satu sumpahan? Mimpi yang datang bukan biasa-biasa. Datangnya dengan segunung tanggungjawab yang terlalu besar.
Sinopsis Sweet Dreams (Mira Filzah & Ben Amir) Sinopsis Sweet Dreams (Mira Filzah & Ben Amir) Reviewed by Bawang on Monday, June 24, 2019 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.