Live Streaming Muzikal Lawak Superstar Minggu 2

Nantikan program realiti muzikal komedi terbaru di Astro Warna iaitu Muzikal Lawak Superstar. Program ini akan mula bersiaran pada 28 Jun 2019 setiap hari jumaat jam 9.00 malam selama 10 minggu. Bersiaran secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil serta di Astro Warna.

muzikal lawak superstar
Muzikal Lawak Superstar akan dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Nabila Huda manakala Dato Awie, Nora Danish dan Altimet selaku juri tetap. Konsep program ini tercetus apabila melihat komen positif menerusi tema muzikal dalam program Maharaja Lawak Mega. Format pemarkahan, 50 peratus adalah undian penonton dan 50 peratus jumlah pemarkahan diberikan oleh barisan juri tetap. Ia akan dinilai berdasarkan lakonan, sketsa dan nilai komedi, tahap kreativiti lakonan peserta serta kreativiti lirik, persembahan muzik dan sketsa. 

Program ini menawarkan hadiah lumayan iaitu RM150,000 dan sebuah trofi untuk juara, RM75,000 untuk naib juara, ketiga RM50,000 dan tempat keempat layak mambawa pulang wang tunai RM25,000.

BACA JUGA : Senarai Kumpulan dan Peserta Muzikal Lawak Superstar


TONTON MUZIKAL LAWAK SUPERSTAR MINGGU 2


LINK: 

**video @ link akan dikemaskini sebelum persembahan bermula


Program ini juga boleh ditonton menerusi aplikasi Astro GO dan secara strim di On Demand serta di YouTube Astro Gempak (minggu pertama sahaja). Selain itu, pelanggan NJOI juga turut boleh menikmati siaran. langsung program ini secara percuma untuk minggu pertama secara percuma di NJOI TV (saluran 100). Sebarang perkembangan mengenai program Muzikal Lawak Superstar 2019 boleh melayari lamansesawang www.gempak.com/muzikallawaksuperstar
Live Streaming Muzikal Lawak Superstar Minggu 2 Live Streaming Muzikal Lawak Superstar Minggu 2 Reviewed by Bawang on Friday, July 05, 2019 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.