Live Streaming Big Stage 2019 Minggu 1

Saksikan sebuah program pertandingan nyanyian berkonsepkan realiti iaitu ‘Big Stage 2019’ yang telah memasuki musim kedua dimana bakal bersiaran mulai 18 Ogos 2019, setiap hari Ahad jam 9.00 malam selama 8 minggu. Program Big Stage 2019 akan bersiaran secara langsung di Dewan Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) serta boleh ditonton menerusi Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).


Big Stage 2019 masih mengekalkan konsep yang sama tapi untuk musim ini akan mengetengahkan penyanyi daripada 5 buah negara iaitu Malaysia, Indonesia, Thailand, Brunei dan Korea. Musim kedua juga bakal menyaksikan persaingan sengit di antara 12 bintang BBNU dimana terdiri daripada 6 bintang lelaki dan 6 bintang wanita. 

Big Stage akan dihoskan oleh pengacara hebat yang tidak asing lagi iaitu Sherry Al Hadad dan Alif Satar manakala juri tetap terdiri daripada Datuk Siti Nurhaliza, Judika dan Cakra Khan akan bergilir-gilir setiap minggu serta seorang juri jemputan professional. 



LIVE STREAMING BIG STAGE 2019 MINGGU 1


Berikut dikongsikan link live streaming:

LINK: 



Info
*video @ link akan dikemaskini sebelum bermula

Juara Big Stage akan membawa pulang wang tunai bernilai RM100 ribu beserta trofi manakala tempat kedua dan ketiga masing-masing akan menerima sebanyak RM50 ribu dan RM25 ribu beserta trofi. Bagi tempat keempat dan kelima juga tidak akan pulang dengan tangan kosong dimana akan menerima RM10 ribu dan RM5 ribu beserta trofi.
Live Streaming Big Stage 2019 Minggu 1 Live Streaming Big Stage 2019 Minggu 1 Reviewed by Bawang on Saturday, August 17, 2019 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.