Senarai Lagu Tugasan Big Stage 2019 Minggu 1

Saksikan sebuah program pertandingan nyanyian berkonsepkan realiti iaitu ‘Big Stage 2019’ yang telah memasuki musim kedua dimana bakal bersiaran mulai 18 Ogos 2019, setiap hari Ahad jam 9.00 malam selama 8 minggu. Program Big Stage 2019 akan bersiaran secara langsung di Dewan Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) serta boleh ditonton menerusi Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).


Konsert pertama Big Stage 2019 bertemakan Million Views bakal menampilkan 12 bintang yang terdiri daripada Malaysia, Brunei, Indonesia, Thailand dan Korea. Minggu 1 akan diadili oleh juri tetap Datuk Siti Nurhaliza, Cakra Khan dan Mark Adam selaku juri jemputan.


Cabaran tugasan untuk minggu pertama bagi setiap peserta adalah dengan menyanyikan lagu single atau lagu cover yang telah menaikkan nama mereka di media sosial dengan jumlah tontonan mencecah jutaan viewers.

Berikut merupakan senarai lagu / tugasan minggu 1 bagi setiap peserta :

1. Santesh - Amalina
2. Irfan Haris - Pesan
3. Adzrin - Bukan yang terbaik
4. Aziz Harun - Jauh
5. Kucaimars - Jawab
6. Han Byul - Shooting star
7. Syada Amzah - Dinda
8. Chaleeda - Mind over matter
9. Fieya Julia - Perasaanku
10. Dinda Permata - Tak sanggup lagi
11. Sheryl Syazwanie - Perasaan
12. Neeta - Terima Kasih
Senarai Lagu Tugasan Big Stage 2019 Minggu 1 Senarai Lagu Tugasan Big Stage 2019 Minggu 1 Reviewed by Bawang on Sunday, August 18, 2019 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.