Drama Dia Pengantinku Episod 1

Nantikan Drama Dia Pengantinku adaptasi daripada Novel karya Nurfaza Alisya akan disiarkan mulai 24 Oktober 2019 di Slot Widuri 2019. Drama ini akan disiarkan pada setiap hari Khamis hingga Ahad jam 7.00 malam selama 26 episod. Menampilkan pelakon Shahrul Ridwan, Mawar Rashid, Azriel Ismail, Tisha dan ramai lagi. 


DRAMA DIA PENGANTINKU

WAKTU SIARAN
Drama Dia Pengantinku akan disiarkan mulai Oktober 2019 pada setiap hari Khamis hingga Ahad jam 7.00 malam dalam Slot Widuri

PENGARAH/PENERBIT
Diarahkan oleh pengarah hebat Pali Yahya dan terbitan Tekun Resmi Sdn Bhd


PELAKON
Shahrul Ridwan, Mawar Rashid, Azriel Ismail, Tisha, Azhar Amir, Catriona Ross, Aleza Shadan, Esma Danial

WATAK PELAKON
Shahrul Ridwan sebagai Syed Ashraf
Mawar Rashid sebagai Aimi Najwa
Azriel Ismail sebagai Shahabudin
Tisha sebagai Tengku Elisa
Esma Danial sebagai Dato' Syed Alwi


TONTON DIA PENGANTINKU EPISOD 1

Berikut dikongsikan Drama Dia Pengantinku:



**video akan dikemaskini

SINOPSIS 
Aimi Najwa seorang gadis cantik keturunan Belanda, namun amat payah untuk mencari jodoh. Baginya, kerjayanya lebih penting daripada memikir soal jodoh. Apatah lagi dia bukannya gadis yang pandai memasak! 

“Awak ni buta ke?! Tak nampak ke saya tengah jalan ni?” 

Jiwa Aimi Najwa bergolak tidak tentu arah. Mengapa lelaki yang pernah menjadi mangsa tengkingannya adalah anak majikannya sendiri? Dan dia juga lelaki yang menyambutnya ketika mahu jatuh pada karnival pengantin, yang dimarahinya kerana melanggarnya ketika keluar dari lif? 

Entah di mana harus disorok wajahnya. Namun, Aimi Najwa harus bersabar menghadapinya. Yang penting rahsianya tidak diketahui teman sepejabatnya. 

Namun telinganya berdesing sebaik terdengar suara gemeresik Syed Ashraf memanggilnya ‘Cik Pengantin’. Gelaran yang paling benci didengarnya. 


Rombongan merisik akan datang! Penolakan Aimi Najwa dikenakan syarat oleh abah dan uminya untuk mengenali semula lelaki yang pernah menjadi teman zaman kanak-kanaknya. Cinta monyet yang pernah terjadi antara mereka dahulu. 

Siapa lagi kalau bukan si chubby Bobo atau nama penuhnya Shahabudin! Cinta itu hadirnya tanpa diundang. Datangnya tanpa diduga. Itulah yang terjadi kepada Aimi Najwa. Dia senang dengan sikap penyayang yang ditonjolkan Shahabudin. 

Tanpa sedar ada perasaan yang ‘bertamu’ di hatinya untuk Syed Ashraf. Dua lelaki yang berlainan watak. Namun sikap kedua-dua lelaki ini yang sama membuatkan dia keliru. Kedua-duanya berjiwa lembut dan penyayang. 

Dalam resah hati terpaut. Dalam benci ada cinta. Sukar untuk Aimi Najwa menerima kenyataan yang terbongkar. Semakin dia menjauhi insan yang menyintainya, hatinya mula disirami rasa rindu. Diundang pula dengan rasa cemburu terhadap Tengku Elisa yang semakin rapat dengan insan yang telah melukai hatinya. 

Dia keliru, adakah ini yang dinamakan cinta? Siapa yang Aimi Najwa cintai? Siapa yang harus dia pilih? Shahabudin atau Syed Ashraf?
Drama Dia Pengantinku Episod 1 Drama Dia Pengantinku Episod 1 Reviewed by Bawang on Thursday, October 24, 2019 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.