Drama Terima Aku Seadanya Episod 20 (Akhir)

Saksikan drama terbaru di Slot Lestary TV3, 'Terima Aku Seadanya' mulai 11 September 2019 setiap Rabu hingga Jumaat jam 9.00 malam selama 20 episod. Menampilkan pelakon seperti Puteri Aishah, Nazim Othman, Julia Farhana Marin, Ryzal Jaafar dan ramai lagi. Diarahkan oleh Eoon Shuhaini dan terbitan Filmscape Sdn Bhd. 


PELAKON TERIMA AKU SEADANYA
Puteri Aishah, Nazim Othman, Julia Farhana Marin, Ryzal Jaafar, Daler Yusuf, Natasha Elyzza, Jesse Lim, Khaty Azian, Ranjeetha, Zalfa Zin, Jibob, Gee Zainal, Alana Amir, Aril Aziz


TONTON TERIMA AKU SEADANYA EPISOD 20




SINOPSIS TERIMA AKU SEADANYA
Mengisahkan tentang Kamelia, yang terdesak untuk menurunkan berat badannya setiap kali dia teringatkan kekasihnya, Edry yang bermain kayu tiga dengan adik tirinya, Sahara. Adik tirinya itu lebih jelita berbanding dengan tubuhnya yang semakin gempal.

Kamelia mula mengambil pelbagai produk untuk kurus tanpa mempedulikan kesan sampingannya. Setelah gagal mencapai hasil yang diingini, Kamelia menyertai program khas di sebuah gimnasium. Berlaku satu insiden yang hampir menyebabkan nyawanya Kamelia terancam akibat pengambilan pil kurus yang berlebihan yang akhirnya mempertemukan Kamelia dan Irfan.

Irfan adalah pemilik gimnasium tersebut yang turut diusahakan bersama-sama sahabat baiknya, Alif. Tetapi dalam diam, Alif rupa-rupanya menyimpan dendam terhadap Irfan. Tanpa pengetahuan sesiapa, Irfan sebenarnya adalah pewaris sebuah syarikat gergasi tetapi dia enggan terlibat dalam bisnes keluarga yang diterajui oleh neneknya.

Bermulalah perjalanan Kamelia untuk kembali ke gaya hidup sihat di bawah seliaan Irfan yang taksub dengan bersenam. Kerana perasaan cemburu, tamak serta dendam yang terpendam dalam hati masing-masing telah menyebabkan beberapa insiden dan konflik berlaku antara Sahara, Edry dan Alif sekaligus merapatkan lagi hubungan Irfan dan Kamelia. Tanpa sedar, bibit-bibit cinta mula hadir di antara mereka berdua.
Drama Terima Aku Seadanya Episod 20 (Akhir) Drama Terima Aku Seadanya Episod 20 (Akhir) Reviewed by Bawang on Thursday, October 24, 2019 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.