Sinopsis Camelia Lakonan Saharul Ridzwan dan Diana Danielle

Drama Camelia akan bersiaran mulai 16 Januari 2020 di Slot Samarinda, TV3 pada setiap hari isnin hingga khamis jam 10.00 malam. Menampilkan pelakon seperti Saharul Ridzwan, Diana Danielle, Ain Edruce, Hafidz Roshdi, Lisdawati dan ramai lagi. 


DRAMA CAMELIA
Berikut dikongsikan maklumat mengenai drama ini:

Waktu Siaran
Tarikh mula : 16 Januari 2019
Waktu : Setiap Isnin hingga Khamis jam 10.00 malam
Jumlah Episod : 15
Slot : Samarinda TV3

Pengarah/Produksi
Diarahkan oleh Eoon Shuhaini dan terbitan Saphire Screen Sdn Bhd


Pelakon
Saharul Ridzwan, Diana Danielle, Ain Edruce, Hafidz Roshdi, Lisdawati , Zarina Zainuddin, Ainina Ahmad, Aidil Aziz, Qistina Raisah, Puteri Balqis, Redzwan Adha, Mak Engku

Watak Pelakon
🌼Saharul Ridzwan sebagai Malik
🌼Diana Danielle sebagai Camelia / Mariam
🌼Ain Edruce sebagai Marina
🌼Hafidz Roshdi sebagai Dr Azman
🌼Lisdawati sebagai Zakiah / Mak Su

Sinopsis Camelia
Mengisahkan tentang sebuah keluarga yang porak peranda disebabkan perangai anak-anak yang suka meroyan. Mariam tertekan semenjak kecil kerana selalu dipandang rendah oleh neneknya, Tok Su. Tok Su sering lebihkan adiknya, Marina yang dikatakan amat cantik berbanding dirinya.

Walaupun emak, ayah dan abang angkatnya, Malik berada dipihaknya Mariam tetap tertekan. Kejahatan Marina juga membuatkan Mariam trauma. Tekanan dan trauma yang berterusan kemudiannya telah menyebabkan  Mariam memiliki 'SPLIT IDENTITI'.

Identiti dimana dia mahu kelihatan lebih cantik daripada Marina. Identiti yang bernama 'CAMELIA'. Camelia mula menguasai diri Mariam dalam usaha membalas dendam di atas setiap perbuatan jahat Marina.

Malik yang akhirnya menjadi suami Mariam harus berusaha untuk mengembalikan Mariam sebelum Camelia mengambil alih sepenuhnya badan Mariam. Malik berharap kekuatan cinta mereka berdua yang dipupuk sedari kecil dapat mengalahkan 'CAMELIA'.

Lagu Tema
-Akan Dikemaskini
Sinopsis Camelia Lakonan Saharul Ridzwan dan Diana Danielle Sinopsis Camelia Lakonan Saharul Ridzwan dan Diana Danielle Reviewed by Bawang on Friday, November 22, 2019 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.