Sinopsis Novel TQ Kapten karya Qash Irdina

Akan datang drama terbaru di Slot Megadrama Astro Ria berjudul TQ Captain diinspirasikan oleh Novel TQ Kapten karya Qash Irdina yang akan mula bersiaran pada 9 Disember 2019. Drama TQ Captain akan disiarkan pada setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10.00 malam selama 20 episod. Dalam drama ini pelakon Hisyam Hamid dan Mawar Rashid sebagai teraju utama manakala pelakon lain yang terlibat menjayakan drama ini adalah Mark Adam, Tomok, Raf Yaakob, Natrah Khalid, Fadhli Masoot, Harris Annuar dan ramai lagi. Sebelum itu jom kita lihat Sinopsis Novel TQ Kapten. 


PENGENALAN TENTANG MIKAYLA MIRZA
Nama sebenar Mikayla binti Mirza dan nama glamor dia, Mikayla Mirza atau lebih dikenali dengan Double M. Seorang wartawan wanita yang umurnya hampir mencecah 30-an. Sangat komited dengan kerja yang dipilih dan kini dirinya sedang dipertimbangkan untuk dipromosikan ke jawatan yang lebih tinggi dek pencapaiannya yang cemerlang dalam usahanya untuk menaikkan rating syarikat melalui salah satu siaran rancangan di ASTD. 


Slot Mikayla di dalam rancangan itu hanya berdurasi selama 15 minit. Slot yang berkisarkan mengenai jenayah pemerdagangan kanak-kanak yang berjaya dibongkar dengan kerjasama pihak polis. Bagaimana dia menyatukan salah seorang kanak-kanak yang menjadi mangsa jenayah pemerdagangan manusia itu dengan ahli keluarganya semula.

Bahan berita yang dibawa telah mengembangkan populariti Mikayla sehingga tular di media sosial. 

Puan Maria? Mengamuk sakanlah. Risau benar sekiranya populariti yang dikecap akan membahayakan nyawa anak gadisnya, Mikayla. 

Selain itu, orangnya bolehlah tahan cantik dan dia sering menjadi perhatian. oh, yang ni orang yang cakap dia ni cantik. Bukanlah maksud dia nak sangat up diri sendiri cantik. Malah dah ada yang pandai-pandai mengaku dan cup yang Mikayla itu dia yang punya.

Siapa dia? Tak lain dan tak bukan, Encik Somebody di bahagian Pengurusan ATSD merangkap bos Mikayla. Encik Somebody itu adalah Encik Ziyad, seorang lelaki yang boleh dikategorikan sebagai lelaki berlagak macho di ATSD. Dek sikapnya yang yang berlagak macho dan suka sangat puji diri sendiri, 

Mikayla alergi dengan lelaki itu. Kalau boleh dengan semua orang dia nak beritahu yang dia itu anak Dato’ Zainudin yang merupakan antara ahli lembaga pengarah di ATSD. Dan lagi satu, lelaki itu suka sangat nak menakut-nakutkan semua orang dengan kelebihan yang dimiliki olehnya. Setakat ini, Mikayla masih mampu untuk main ilmu tolak dan tepis sebarang ajakan istimewa untuk berdua dengan Encik Ziyad. 

Nasib baik ada saja stok member kerja yang amat memahami. Setiap kali Encik Ziyad datang mencarinya, pasti dia akan dimaklumkan terlebih dahulu dan itu memudahkan dia untuk mengelak dari berjumpa dengan majikannya itu. 

Visi hidup Mikayla mudah sekali. Dia mahu mengacarakan rancangannya sendiri seperti pengacara yang terkenal di seluruh dunia, Oprah Winfrey. Dia mahu jadi kaya dan berpengaruh seperti wanita berkulit hitam itu. 

Wanita hebat yang tidak menjadikan kemiskinan yang dihadapinya sebagai penghalang untuk mengecapi apa yang dimilikinya seperti hari ini sehingga menjadikan wanita bernama Oprah Winfrey antara 100 orang paling berpengaruh di dunia. Mikayla ingin sekali mempunyai rancangan bual bicara seperti apa yang dilakukan oleh idola kesayangannya itu. 

Oleh itu, kisah-kisah yang diburu bukanlah semata kisah murahan selebriti terkenal. Tetapi, apa sahaja kisah yang mampu mendidik masyarakat dan membuka mata semua tentang isu-isu sosial yang membelenggu dunia pada hari ini. Di dalam negara, apatah lagi di luar negara. Pasti dia sanggup sahaja dibawa ke mana sudut dunia ini. Asalkan cita-citanya tercapai. Kaya itu bonus. Siapa yang tak nak, kan? 

BLURB
Mikayla Mirza atau Double M, si cantik jelita yang workaholic, aktif dan terkenal kerana kelincahan dan kepetahannya di hadapan kamera. Misinya menjadi kaya dan terkenal seperti Oprah Winfrey. Namun, realiti itu tidak seindah Instagram. 


Kerjanya bertimbun-timbun sehinggakan ibunya sering memetir di hujung talian memintanya agar selalu pulang ke kampung halamannya di Cameron Highlands. 

Insiden pertama dan memalukan menemukan dia dengan Kapten Dihya’, mat perang kacak bergaya di RnR. Tidak cukup dengan insiden itu, mat perang itu juga menjadi hero menyelamatkannya. 

Cerita masam manis Mikayla dan Kapten Dihya’ berlarutan hingga ke Sungai Palas, Cameron Highlands. Semanis-manis aiskrim strawberi, manis lagi memori sewaktu mereka berdua sepanjang di kampung halaman Mikayla. 

“Kerja nombor satu. Awak nombor dua.”- Kapten Dihya’ ". Amboi, padu betul ayat dia! 

“Lupakan saja. Selagi kerja awak nombor satu.”- Mikayla. Ayat orang tak nak kalah. 

Mikayla menjunjung ego. Kapten Dihya’ angkat kaki. Masa itu, baru kenal erti rindu. Oleh kerana bumi ini bentuknya sfera, mereka asyik sahaja bertemu. Bercakar belum lagi, cuma bertikam lidah. Sekejap sayang, esok membenci. Tapi bila rindu, seorang asyik tengok WhatsApp sambil menangis tak berlagu, seorang lagi tiup seruling lagu Kamelia. Masuk angin keluar asap! 

“Don’t you dare challenge me, Dihya’. Just because that I confessed my own feelings towards you lately, you buat I rasa macam perempuan murah. Go to hell with your pride and concern.” – Mikayla 

“Pasal Mikayla, aku memang sayang kat dia. Cuma perasaan sayang ni aku serahkan kepada Allah. Apa yang kita sayang, biar Allah yang jaga.”- Kapten Dihya’ 

Ada rahsia yang perlu dibongkar. Kerana selagi itu, cinta antara Mikayla dan Kapten Dihya’ tidak akan bersatu sampai bila-bila. Tapi, siapakah yang akan membongkarkan rahsia itu? Bersatukah dua jiwa itu akhirnya? 

SINOPSIS NOVEL TQ KAPTEN
Pertemuan mereka bermula sewaktu Kay yang kelaparan mengusap perutnya disangkakan mengandung oleh Dhiya. Cerita mereka terus berkembang apabila Dhiya dan sahabatnya membantu Kay yang diragut. Nasib Kay bertambah malang apabila dia pengsan akibat tekanan darah rendah menyebabkan Dhiya' terpaksa membawanya ke hospital. 


Di situlah permulan perkenalan Dhiya' dengan keluarga Kay yang memang baik. Dhiya' yang telah membawa Kay balik dengan selamat ke Cameron Highlands. kebetulan mereka juga dalam perjalanan bercuti di sana. 

Perkenalan singkat antara mereka tidak sempat mekar disebabkan ketidaksanggupan Kay berhadapan dengan kesibukan Kapten Dhiya'. 

Kay mengambil keputusan untuk tidak meneruskan perhubungan mereka. Namun atas arahan Encik Ziyad peminat setia Kay, dia terpaksa membuat dokumentari ketenteraan. Oh ya, Kay ni wartawan terkenal tau semua orang kenal dia dan selalu masuk tv. 

Dalam dokumentari itu, dia sekali lagi bertemu dengan Kapten Dhiya'. Memang kena habis-habisanlah dia oleh Kapten Dhiya' yang seolah-olah sengaja mengenakannya selepas dia menolak lelaki itu. 

Pengakhiran mereka di sini tidak berapa baik apabila Kay percaya bulat-bulat gurauan Amsyar yang mengatakan Kapten Dhiya' bakal berkahwin dengan Kapten Emily. 

Sekali lagi takdir menemukan mereka apabila Kay diminta untuk membuat liputan tentang misi pengaman di Beirut. Di sinilah kisah cinta mereka semakin tersulam indah. Kata janji dan cinta dilafaz bersama. 

Ada juga peristiwa cemas yang melibatkan Kay namun kemunculan Kapten Dhiya' pasti akan menyelamatkannya. Ujian dalam perhubungan mereka bermula apabila Kay kembali ke Malaysia dan Kapten Dhiya' masih di sana. 

Perkenalan Kay dengan Tengku Zafriel dijadikan alasan untuk keregangan hubungan mereka. Namun ada cerita di sebaliknya. Kapten Dhiya' semakin menjauhkan diri daripada Kay. Kay tidak tahu apa-apa dengan punca Kapten Dhiya' memutuskan perhubungan mereka frust menonggeng dan ini menjadikan hubungannya dengan Tengku Zafriel semakin rapat walaupun hati Kay masih tidak mampu untuk melupakan Kapten Dhiya'. 

Hal ini berterusan sehinggalah pada malam sambutan hari lahir Kay dan malam Tengku Zafriel nak melamar Kay, Kapten Emily telah membongkar rahsia yang menghalang hubungan Kay dan Kapten Dhiya'. 

Tengku Zafriel juga tidak lagi meneruskan niat untuk melamar Kay selepas dimaklumkan cerita sebenar. Akhirnya hubungan Kapten Dhiya' dan Kay pun berlangsung baik sehingga mereka akhirnya berkahwin. HAPPY ENDING!!! 


SINOPSIS DRAMA TQ CAPTAIN
Mengisahkan tentang seorang wartawan terkenal, Mikayla Mirza yang mempunyai iltizam tinggi dalam melaksanakan tugasannya. Mikayla yang asalnya merupakan seorang wartawan hiburan mempunyai sikap pantang dicabar dan ego yang tinggi telah dicabar oleh majikannya untuk membuat satu liputan khas dokumentari berkaitan Maritim Malaysia yang merupakan sebuah agensi yang berperanan dalam menguatkuasakan undang-undang serta melakukan tugas mencari dan menyelamat di laut. Ketika Mikayla menjalankan tugasannya, menemukan dirinya dengan Leftenan Komander Maritim Adam Alauddin, seorang Pegawai Memerintah kapal KM Bagan Datuk.
Sinopsis Novel TQ Kapten karya Qash Irdina Sinopsis Novel TQ Kapten karya Qash Irdina Reviewed by Bawang on Saturday, November 23, 2019 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.