Sinopsis Novel Bukan Gadis Biasa (Slot Akasia)

Sinopsis Novel Bukan Gadis Biasa | Akan datang drama adaptasi daripada Novel Bukan Gadis Biasa karya Liza Nur yang akan bersiaran mulai 23 April 2020 pada setiap Isnin hingga Sabtu jam 7 malam di Slot Akasia TV3. Drama Bukan Gadis Biasa akan menggandingkan pelakon seperti Remy Ishak, Ayda Jebat, Sheila Rusly, Lia Natalia dan ramai lagi. Jom baca sinopsis novel bukan gadis biasa! 


NOVEL BUKAN GADIS BIASA

PENGENALAN NOVEL
Bukan Gadis Biasa menyingkap ceritera manusia-manusia yang pernah melalui zaman gelap ketika kecil. Ia didukung oleh watak-watak yang kuat untuk meninggalkan impak yang mendalam kepada para pembaca. Johana anak seorang penjenayah dan penagih dadah. Namun, ia tidak menyekat dia supaya berusaha untuk keluar dari label gagal yang diletakkan manusia padanya.

Rayyan pula mangsa dera yang kerapkali dipijak. Tetapi, semangatnya untuk berjaya menjadikan dia lelaki cekal yang tidak pernah mengenal erti putus-asa. Watak-watak ini terjerut dengan pelbagai pemasalahan dunia dan seperti manusia-manusia biasa yang lain, adakalanya mereka menerima penangan emosi yang dahsyat.

Bukan Gadis Biasa juga mengangkat nilai kasih sayang, persaudaraan dan persahabatan yang menjadi tujang utama karya. Tema cinta menjadi perencah yang menambah kemanisan watak-wataknya disamping mengetengahkan isu-isu tenat seperti penderaan kanak-kanak dan jenayah. Karya Bukan Gadis Biasa juga terselit humor yang membuatkan pembaca lebih relaks meskipun ia membawa tema yang berat.

BLURB



Johana bukan gadis sembarangan. Rambutnya dicukur pendek. Kalau ada yang cuba mencari pasal, dia tidak teragak-agak melayangkan penumbuk. Jean dan kemeja menjadi teman akrabnya. Misinya hanya satu, memberi masa depan yang lebih baik untuk si kecil Aisya yang memanggilnya ‘emak’.

“Jo cakap macam tu sebab Jo tomboi? Manusia boleh berubah, Jo. Saya boleh bimbing Jo kalau Jo mahu beri saya peluang. Saya boleh beri Jo masa depan yang lebih baik…” ~ Amirul

Cinta adalah sesuatu yang asing baginya. Pertemuan semula Amirul dengan Johana membuatkan Amirul yakin tentang perasaannya. Hidup Johana sering kali bersimpang-siur dengan Rayyan, sepupu Amirul yang degil tetapi berprinsip.

“Kau boleh cakap kau bukan milik aku. Tapi, aku akan tetap beritahu satu dunia, aku milik kau.” ~ Rayyan

Kemunculan adik Rayyan, Amer membuatkan Jo rasa terpukul. Si mata keranjang itu cuba mencari jalan fast track ke hatinya sedangkan Amirul yang terlebih dahulu ada masih setia menanti. Takdir memerangkap dirinya di antara tiga hati yang bersaudara. Mampukah dia terus menipu diri? Atau haruskah dia pulang kepada fitrah, memilih jalan bahagianya bertemankan sekeping hati yang lain?

“Apa? Kalau ada lelaki lain syok kat aku, kau nak buat apa? Nak bunuh semua orang yang cakap dia cintakan aku?” ~ Johana

“Tak. Aku akan cintakan kau lebih.” ~ Rayyan

SINOPSIS NOVEL BUKAN GADIS BIASA

Mengisahkan tentang pengorbanan, kemaafan dan keikhlasan. Kehidupan Johana dikelilingi oleh Pak Ya, Junid, Bruno Din, Ujah dan Makcik Kalsom. Dia memelihara Aisya sedari kecik dan sentiasa melindungi temannya, Ujah. Dia berkerja tak tentu masa dan tidak kisah kalau nyawanya terancam asalkan semua yang disayangi selamat. 

Raja Rayyan Fattan Raja Muzaffar @ Rayyan merasa kagum dengan semangat Johana dan ingin memiliki gadis itu. Tetapi adik tirinya, Amer, dan sepupunya, Amirul, juga turut menyukai Johana. Rayyan terkedu bila dapat tahu pengorbanan Pak Ya untuk Johana dan latarbelakang kisah keluarga Johana. Tapi dia tidak akan mengalah untuk mendapatkan Johana. 

Adakah Johana akan menerima Rayyan yang juga menpunyai latarbelakang keluarga yang pincang? Siapa orang tua yang memanggil Johana sebagai Edora? Siapa sebenarnya Aisya?
Sinopsis Novel Bukan Gadis Biasa (Slot Akasia) Sinopsis Novel Bukan Gadis Biasa (Slot Akasia) Reviewed by Bawang on Sunday, December 01, 2019 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.